Sunday 24 February 2013

petua - dakwat

... dari pen ball point (mata bola).

Mama pesan pada twins supaya membasuh pakaian putih berasingan daripada pakaian yang berwarna. First twins tak perasan ada sebatang pen mata bola dalam saku jubah dan dakwat terkena pada empat helai pakaian. Pada mula mama lihat pakaian ini seperti tidak boleh diselamatkan.

Selepas goggle mengenai cara menanggalkan dakwat ini di YOUTUBE, mama ambil petua ini - spirit & kapas.  Banyak petua terdapat di internet dan mama pilih yang ini sebab murah!

Sekeping kapas muka dicelup dalam spirit manakala dua keping kapas ditekap pada bahagian belakang pakaian. Dakwat akan menjadi kembang dan kemudian dakwat lebih banyak melekat di bahagian belakang berbanding bahagian depan kapas yang dicelup spirit. Jaga-jaga sebab dakwat ini akan terkena pada bahagian lain, cepat alihkan kapas atau tukar dengan kapas baru. Akhir sekali mama rendam pakaian dalam 'vanish' dan pakaian menjadi lebih putih daripada asal - tolong promo pula he he he

lengan baju Raihan pakaian ke-3 teruk terjejas
paling teruk terjejas bahagian depan baju-T 


apabila dakwat mengembang


kapas yang di belakang pakaian


habis kapas muka RM3.50 berbaki 1/3 botol spirit (RM4.00)


 sikit saja lagi tertinggal


 digunakan pada 3 baju &1 jubah


berbaloi



***Anekdot
Bahagian yang paling banyak terkena dakwat mama terus curah spirit di atasnya dan mama lapik dengan kain buruk pada bahagian dalamnya.

Bagi dakwat MARKER memang tidak berkesan langsung; mama dah cuba pada tudung second girl.

2 comments:

  1. Salam Monie,

    Spirit yg dibelu kat kedai hardware ke? X tajam ke takut reput pulak??

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Aji;
    ye spirit tu lah RM4.00 saiz botol sos. Kalau reput beli baru. Sebelum buang pakaian cuba dulu petua ni, kalau tahan 6 bulan pun dah berbaloi. Jubah RM120, baju Raihan RM40, baju Melayu RM35.00, baju-T RM9.00. Modal saya RM7.30. Satu lagi petua guna hand sanitizer, ada sikit di rmh tetapi tak ada kesan. Saya pun ambil dr internet

    ReplyDelete