Bunga cica hanya terdapat di bahagian utara negeri Kedah seperti di Sik, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena. Ada juga terdapat di daerah Baling. Pokok bunga cica ini tinggi dan besar seperti pokok Sena. Berbunga hanya setahun sekali iaitu pada pertengahan bulan Februari hingga Mac. Bunganya berwarna merah jambu dan apabila kering berwarna coklat kecoklatan.
resipi ehsan Azilah
seperah daripada krusye... pun buat sendiri he he he
Bahan tepung:
500
gm tepung pulut
200
gm gula pasir @ 1 1/2 cawan
2
cawan pati santan
2
helai daun pandan
1
cawan serbuk bunga cica (bunga dikisar)
Bahan Inti:
1
biji kelapa parut (putihnya saja)
sedikit
garam
Bahan lain:
minyak
masak
daun
pisang secukupnya (jemur atau layur)
Cara membuatnya:
1.
Masak air, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut. Ketepikan dan biarkan
sejuk.
2. Dalam
bekas masukkan tepung pulut, santan dan sendukkan gula yang dimasak tadi sedikit
demi sedikit sehingga tepung menjadi doh yang lembut.
3.
Kelapa digaul dengan sedikit garam.
4.
Ambil daun pisang kemudian lenserkan minyak di atasnya.
5.
Letakkan 1 sudu besar tepung tadi dan isikan inti kelapa.
6.
Lipat dengan kemas. Ulang cara tadi sehingga habis
7. Kukus sehingga
masak sekitar 10-15 minit. Jangan terlalu lama sebab air wap akan masuk di
dalamnya.
8.Siap
untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment