Tuesday 22 January 2013

labu air masak air

Petang Jumaat hingga petang Sabtu lalu, mama letih tersangat-sangat, kalau orang utara kata "letih lesu macam kain buruk" (entah kat mana kain buruk boleh letih). Kebetulan Khamis mama  beli labu air; memandangkan letih yang melampau mama teringat pesanan seorang ustaz... Sebaik sahaja ikan Nun memuntahkan Nabi Yunus, baginda ditemukan dengan pokok labu dan labu itu baginda makan untuk mengembalikan tenaga.

Cewah...! mama pun ikut macam Nabi Yunus - terus masak labu air dengan ikan rebus. Sebenarnya labu air ini elok dibuat sup dengan daging tetapi mama terebus ikan, maka masaklah labu dengan ikan dan sup daging pun buat juga.

Apabila makan campur kedua-duanya sekali... entah rasa labu entah rasa daging - janji masuk dalam perut. Sebenarnya tak elok makan ikan dengan daging serentak, baik diasingkan. Amalkan sebulan sekali makan labu air untuk mengembalikan tenaga.


Resipi:
1 labu air
2 ekor ikan kembung
3 ulas bawang putih - mayang
3 cawan air
minyak zaiton
garam
- rebus ikan
- asing isinya biar sekeping-sekeping
- tumis bawang
- masuk air masak sehingga mendidih
- masuk labu agak empuk
- akhir masuk isi ikan

2 comments:

  1. Salam Monie,labu ni feveret aku..tapi aku suka masak lemak kuning boh udang n soon.boh lada hitam sikit...kalau nak buat penawar letih tu mesti buat sup saja ka?

    ReplyDelete
  2. Utz Dr. Idris ajar di S. Mustaqim - labu mesti buat sup dgn daging. Rasa bukan utk letih tp utk kesihatan, amalkan juga minyak zaiton setiap hari, pagi & malam

    ReplyDelete