Sunday 6 January 2013

masak lemak telur itik - nogori

Mama minta Kak Maria buatkan masak 'lomak telor itek' ni; mama nak tengok sendiri cara-caranya. Selepas bersembang sekitar setengah jam... maka mama diajak ke dapur, dah siap santan pekat dalam kuali. Petua - masak dalam kuali yang dikhaskan sebab kuali ini jika digunakan untuk menggoreng ikan maka isi ikan akan melekat padanya. Susah jugakan bagi mama sebab nak buat masak lemak setahun dua kali je kut he he he. 

Ni betul-betul kaw! Kalau buat agaknya boleh tak mama?

Sebenarnya bulan November lepas mama teringin nak makan masak lemak telur, lalu mama buatkan menggunakan enam biji telur ayam... Hasilnya lemak dan air terpisah... akhirnya masuk tong sampah. Mama pun tak lalu tenguk apa lagi nak makan, apatah lagi anak-anak mama. Pinjam kata-kata anak mak mertua - seperti 'muntah kucing!'

khas untuk dibawa balik


ni untuk makan





Resipi;
3 cawan santan pekat
2 sudu makan cili padi merah kisar
1 sudu makan kunyit hidup kisar
5 biji telur itik
segenggam daun gelugur (hiris halus, rebus kemudian perah airnya)
garam
- masak santan pekat
- bila memdidih masuk cili dan kunyit
- tunggu sekitar lima minit masuk telur itik
- akhir sekali masuk daun gelugur

No comments:

Post a Comment