Sunday 6 January 2013

Kala Rindu

...ialah pusat rawatan ibu selepas bersalin, terletak di nombor 3, Jalan Kent 1, off  Jalan Semarak. Untuk tempahan sila hubungi 03-26911606 - Pn Norizan. Sebenarnya pengusaha pusat ini adik ipar mama, ye le adik anak mak mertua mama tu.

Pusat ini dikendalikan oleh jururawat bertauliah yang menawarkan khidmat dan penjagaan diri wanita secara terapi Melayu mengikut Ilmu Amalan Perbidanan Melayu. Pusat ini adalah untuk keselesaan ibu sewaktu berpantang dan bayi baru lahir. Kadar rawatan dan bilik istirehat termasuk makan, minum, penghawa dingin, tv dan wifi.

Pakej dan kos:

a. urutan kesegaran  - urutan payudara, pinggul, bahu & kaki RM60-RM80/sejam
b. rawatan 3 hari RM540.00
c. rawatan 5 hari RM800.00
d. rawatan 7-14 hari RM1250 - RM3,000
e. rawatan 21-30 hari RM4500-RM5000

Kadar bilik:
a. VIP RM200
b. Super deluxe RM150
c. Standard single RM80

*** Adik ipar mama juga mempunyai SPA yang menggunakan nama KALA RINDU di Taman Permata (atas Old Town White Coffee)







lupa mama nak ambil gambar ruang bawah - mama sertakan gambar kami berkumpul ketika perjumpaan keluarga, ye le dah seronok berkumpul!

ruang tengah




 ruang bersantai


ruang sisi


ruang di atas


Mama  sepatutnya ambil ruang bawah yang terdapat dua katil bujang, ruang pejabat dan hiasan ubat-ubatan serta herba.

No comments:

Post a Comment