Sunday 24 February 2013

petua - dakwat

... dari pen ball point (mata bola).

Mama pesan pada twins supaya membasuh pakaian putih berasingan daripada pakaian yang berwarna. First twins tak perasan ada sebatang pen mata bola dalam saku jubah dan dakwat terkena pada empat helai pakaian. Pada mula mama lihat pakaian ini seperti tidak boleh diselamatkan.

Selepas goggle mengenai cara menanggalkan dakwat ini di YOUTUBE, mama ambil petua ini - spirit & kapas.  Banyak petua terdapat di internet dan mama pilih yang ini sebab murah!

Sekeping kapas muka dicelup dalam spirit manakala dua keping kapas ditekap pada bahagian belakang pakaian. Dakwat akan menjadi kembang dan kemudian dakwat lebih banyak melekat di bahagian belakang berbanding bahagian depan kapas yang dicelup spirit. Jaga-jaga sebab dakwat ini akan terkena pada bahagian lain, cepat alihkan kapas atau tukar dengan kapas baru. Akhir sekali mama rendam pakaian dalam 'vanish' dan pakaian menjadi lebih putih daripada asal - tolong promo pula he he he

lengan baju Raihan pakaian ke-3 teruk terjejas
paling teruk terjejas bahagian depan baju-T 


apabila dakwat mengembang


kapas yang di belakang pakaian


habis kapas muka RM3.50 berbaki 1/3 botol spirit (RM4.00)


 sikit saja lagi tertinggal


 digunakan pada 3 baju &1 jubah


berbaloi



***Anekdot
Bahagian yang paling banyak terkena dakwat mama terus curah spirit di atasnya dan mama lapik dengan kain buruk pada bahagian dalamnya.

Bagi dakwat MARKER memang tidak berkesan langsung; mama dah cuba pada tudung second girl.

Sabtu yang sibuk

... sebelu, tu Jumaat mama demam, malam emak, abang, kak & apang ipar datang kerana banyak acara yang perlu ditunaikan Sabtu ni.

Pukul 10.45 pagi kami ke HDU Hospital Assunta melawat nenek saudara yang sakit, kemudian 12.15 kami ke ICU PPUM melawat sepupu yang masih belum sedar sejak 13 hari lepas.

Kemudian kami bergerak Dewan Bankuet UPM untuk menghadiri perkahwinan anak sepupu sekitar 2.30 petang (puas mencari dewan). Sebelah malamnya sekitar 7.00 malam mama ke Dewan Gemilang, Felda di Kelana Jaya; menghadiri perkahwinan anak sepupu ... baru terasa tua he he he

barakallu bi qair Safuan & Syazeen


Bahirah & Syamir Firdaus


Thursday 21 February 2013

lawat Istana Lama

...anjuran KESPA pada 20 Februari 2013. Istana ini akan ditutup hujung bulan ini setelah dibuka kepada umum selama setahun. Ia akan ditutup untuk mengubah suai beberapa bahagian terutamanya Balai Rong Seri yang akan disusun seperti asal. Buat masa ini balai ini diadakan pameran Yang DiPertuan Agong sekarang - Sultan Kedah (sultan negeriku).

Jangan lepaskan peluang




















Program Perpaduan Ummah

...di sempurnakan oleh Raja Nazrin, pemangku Sultan Perak pada 19 Februari 2013


tatarias dan santapan DiRaja dari Hotel Concord


merasa santapan DiRaja




teh tarik kaw kaw


mi goreng mamak


mama jamah sikit je tau he he he



ni baru terkejut beruk!

... atau beruk terkejut! Hairan jugakan - ada beruk/monyet/kera/monkey kat pejabat!

Kejadian berlaku pagi semalam, lebih kurang 6.20 pagi (biasanya Jan- Apr mama subuh di pejabat). Mula-mula mama nampak kucing, kemudian nampak seekor lagi binatang; ingatkan kucing juga tapi terasa pelik takkan kucing berjalan dua kaki he he he, baru terperasan binatang Allah ni.

Mama bagi signal minta pengawal tu biar je binatang Allah ni naik atas kereta mama. Sempat bintang ni menekap mukanya di cermin kereta mama. Tak takut pun dan tak rasa bersalah pun, mama nampak kucing lebih takut pada 'dia'.

atas bonnet


atas side mirror


tekap muka pada cermin



Sunday 17 February 2013

ayam goreng sos ruz aladin

..senang je... beli nasi beriani kambing di Restoran Ruz Aladin SINI

Pagi  hingga tengah hari tadi, Dar Quran Wal Hadis mengadakan sambutan Mualidur Rasul di sekolah. Ramai yang hadir sekitar lebih 600 orang. Makanan memang banyak dan mencukupi untuk para tetamu. Baki kuah kambing beriani mama bawa balik dan juga nasi beriani. Laksa mama tak ambil dan sehingga waktu mama balik masih banyak lagi laksa.

Mama makan roti arab dengan kari kambing serta beriani kambing dan acar nanas/timun, semangkuk laksa (banyak makan carb mama hari ni). Petang ni mama goreng ayam dan buat sos jem marmalad seperti semalam (atas permintaan second girl).

ayam goreng celup kuah beriani 


pinggan nasi second girl


buat sebekas - lepas ni goreng ayam je
dua kali resipi semalam SINI


 seplastik nasi beriani


tasbih kristal sebagai cenderahati - cantik 





ayam goreng sos jem marmalad

makan je... sedap rasa lemon. Mama ternampak rancangan masak-memasak menggunakan jem strawberi dalam masakannya, maka mama terfikir elok cuba jem marmalad (kulit limau) dalam sos. Mama beli jem ini untuk dimakan bersama-sama roti bakar dan mentega Lurpak kerana sebelum ini mama beli jem miniatur yang mengandungi pelbagai perasa terasa sedap sangat jem marmalad ni. Apabila beli sebotol rasa tak sedap dah he he he (bila sedikit selalu rasa tak cukup, bila dah banyak langsung tak habis).


Resipi:
ayam-
6 ketul ayam
3 sudu makan tepung ayam goreng
1/2 telur
garam, minyak
- celup ayam dalam telur
- golek atas tepung
- goreng di dalam minyak penuh

sos-
2 sudu makan jem marmalad
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan cili kisar (siap dimasak)
2 bawang putih - cincang
minyak zaitun
bijan
- tumis bawang putih
- masuk semua berbaki
- masak sehingga agak pekat mengguna api kecil
- masuk atau celup ayam goreng
- tabur bijan sebagai hiasan
* jem sedia manis, tidak perlu ditambah gula

Saturday 16 February 2013

periuk ajaib - ayam panggang sos plum

...habiskan makanan semalam dengan memberi sedikit perisa - dan rasanya boleh tahan juga terutamanya ketika tergigit daun sup.




Resipi:
ayam-
6 ketul ayam (garam & kunyit kemudian panggang dalam periuk ajab)
4 sudu makan sos plum
1/4 sudu teh cili / sikit sahaja (siap dimasak)
1 sudu makan gula perang
1 bawang putih - cincang
minyak zaitun
daun sup
- tumis bawang putih
- masuk semua berbaki
- masak sehingga agak pekat mengguna api kecil
- masuk atau celup ayam panggang
- tabur hirisan daun sup


rice paper - udang + pisang

..bunyi pelek! Mama goggle resipi untuk rice paper; banyak yang menceritakan perihal resipi ni. Mama pun cuba sedikit sebab cerita pada first son 'he geli aih'. Mama buat sekadar empat biji je...

Rasa? - Tak rasa hanyir, agak manis selepas pisang caramelised - boleh tahan juga rasanya.




layan gambar dulu...

Resipi
4 keping rice paper
6 ekor udang
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos perasa Maggi
1 pisang montel ranum
garam, gula
- belah dua udang secara memanjang
- ini untuk memudahkan udang masak
- campur semua kecuali pisang
- perap selama 15 minit
- kemudian tuang atas penapis untuk membuang cecair
- masuk pisang yang dipotong (mama dadu)
- letak atas rice paper - lipat dan gulung
- masak dalam non-stick pan menggunakan api sederhana

rice paper-
rendam sekadar 30 saat dalam air masak sejuk
- angkat dan lap baki air
- letak dalam pinggang
- masuk inti
- lipat dan gulung atau mengikut kreativiti

Wednesday 13 February 2013

adalah satu

...setelah 31 tahun berkhidmat adalah sebuah buku yang mewajarkan dan memungkinkan mama mendapat royalti!


***Anekdot
Hasil penulisan bersama-sama - tahniah untuk kita semua.

gemuk @ bina badan

...first girl buat sebelum balik asrama - saja je nak bagi mama SIHAT!

oreo cheese cake


sekejap je dah habis
sama KEK MERAH - ni tinggal untuk bawa balik