Saturday 9 February 2013

untuk Sally

Gong Xi Fa Cai (esok) Sally. Terserempak Sally depan rumah pagi tadi ketika dia sedang menyidai kain dalam kawasan pagar rumah mama. Sally beritau dia akan balik kampung esok - langsung teringatkan kek merah yang setiap tahun mama berikan kepadanya.

Dulu ketika mendiang suaminya masih hidup beliau memang suka kek merah ni tetapi Sally suka sebab merah - sesuai sangat untuk sambutan tahun baru yang mengutamakan merah. Selepas mendiang meninggal dunia, mama tetap buatkan kek ni tiap tahun baru cina - Sally pernah beritau dia akan gunakan kek ni dalam upacara sembayang khusus untuk mendiang.

Mama pernah diberitau buah limau atau kuih bakul yang ada tanda merah maknanya buah atau kuih yang telah digunakan dalam upacara sembahyang. Biasanya Sally tak akan makan atau berikan kepada keluarga kami ataupun kepada sesiapa.

Lain pula untuk kek ni - pernah Sally beritau selepas disembahyangkan, kek ini akan dimakan. Mama tak kisah sangat sebab tujuan sekadar memberi kek kepadanya dan terpulanglah apa yang akan dibuat. Bila tahu kek itu tak akan dibuang terasa lega juga

First girl buatkan kek ni, minta second girl hantar - tapi yang nak kongsi ialah nak juga nama mama ... -   pesan pada second girl "Beritau untie, mama minta kakak buat kek" (kalau second girls nak tambah "Mama minta saya hantakan") he he he.
untuk Sally


asalnya nak bagi seseorang tetapi termakan 1/2 dah...
esok buat lagi ye first girl - lama tak buat 


 ni untuk anak mak mertua - sikit je tau
tetapi tambah juga!


sebagai balasan daripada Untie Sally - not for mama


Setelah lapan tahun mendiang suami Sally  meninggal, kemudian diikuti oleh bapa dan mak mertua (dah habis pantang agaknyalah) baru tahun ini Sally beri angpau kepada anak-anak mama.

No comments:

Post a Comment