Wednesday 13 February 2013

ni baru cuti kalau pencen...

... cuti yang tak ke mana-mana - cuma tonton tv, masak, makan, tidur, makan kenduri dan ke surau. Paling banyak aktiviti daripada semua ni - tidur dan tonton tv. Seronok dapat rehat panjang, lupa kerja pejabat untuk seketika. Baru mama terperasan selalunya mama cuti panjang bersebab - puasa, raya dan kalau cuti sekolah tak menang tangan dengan aktiviti mama yang tak perlu SKT ni.

Apabila menonton tv teringat tulisan Mak Aji - boaringnya rancangan berulang-ulang tayangannya. Rasa baru tengok malam semalam, dah ulang balik esok malam dan lusa malam - Spider Man 1 & 3 entah berapa hari dok tayang. Dan lagi rancangan tahun lepas pun mama boleh ingat - river monsters, dog wispers, Samantha Brown, Bazaar (sekadar teringat). Lagi lama Anaconda... rasanya sejak kami ada Astro kut - 12 tahun lalu he he he.

Agaknya apa mama nak buat bila pencen nanti? Apa macam Wan & Mak Aji? Boleh mama kongsi seronoknya kehidupan orang pencen?

gambar ehsan goggle images


3 comments:

  1. Salam Monie,

    Apa nak buat bila pencen?? Macam2 boleh!
    1. boleh wirid/mengaji panjang2 ketika org lain bertarung ke ofis.
    2. Apa2 urusan ke bank/pos office ddl boleh buat ketika org lain dah masuk kerja, x jam.
    3. Boleh pagi2 bertanam ketika x panas - x payah tengok ros org saja!
    4. Boleh buat kerja part-time, editing, translating.
    5. Boleh buat hobi yg lama ditinggalkan atau cari hobi baru.
    6. Boleh attend kelas/kuliah wpun habis lewat mlm sbb boleh sambung tidur jika perlu.
    Banyak lagi dan lagi dan lagi ...... he he!!

    ReplyDelete
  2. Setuju bangat sama ummu madihah! Nanti kita boleh pi makan nasi kerabu kat au tu pagi2 ,lepas tu kita pi swimming..atau brisk walking..nanti pi window shopping pulak..ish..pendek kata..nak buat apa,senang ja...hang cadang nak keja sampai umur pencen wajib ka?

    ReplyDelete
  3. Wah syok dengar cerita orang pencen. Entah le Wan...
    Mak Aji:
    1. Ni ok dlm dok kerja pun boleh.
    2. Ni ada online.
    3. Ni kurang minat (xminat bunnga hidup @ mati).
    4. Ni kerja baru (banyak boleh cari ni)
    5. Ni kena cari dari sekarang.
    6. Ni ikut sikit2 je skg - boleh jadi alim lepas ni.
    7. LAIN-LAIN - Tu nak jin seekoq he he he

    ReplyDelete