Tuesday 12 February 2013

buat lagi, lagi dan lagi

...mungkin yang melihat naik jemu. Semalam genap tiga hari berturut-turut first girl buat kek ni (entah nak bagi nama apa - KEK MERAH, KEK TAHUN BARU CINA kut!) he he he. Semuanya enam biji (dah le ye) tetapi kami belum sampai tahap jemu-jemu juga lagi. Tahun Baru Cina tahun depan kita buat pula he he he (kalau sabar le). Kali ni jiran mama kat Tmn. Melawati baru boleh rasa, sebab dia ke Sungai Temeling makan kenduri.

Satu untuk jiran TU dan satu untuk orang NI. Kat mana silapnya yang akhir warna keemasan (mama tak suka kek warna begini tetapi kebanyakan kek yang dijual warna begini).


beza kan! mama suka yang gebu-gebu je


 jiran dapat yang cerah tau!


yang 'gelap' kita makannnnn...



 Jiran Tmn. Melawati balas dengan mi sanggul. Ni hah pagi ni kami sarapan ni tau... terima kasih kerana pemberian tersebut dan memang dah lama tak makan mi sanggul (teringat pada Utz. Azman pengemar tegar mi sanggul he he he, kalau hari kerja boleh hantar setupperware).


***Anekdot
Jiran mama kat Tnm. Melawati pernah bagi ayam mentah dua ekor siap bersih dalam besen pink, entah dah tak ingat lama mana dah!. Tahun lepas jiran TU hantar sebekas makaroni goreng ketika mama tengah tahap lapar - MEMANG SEDAP lah.

Nak balas bekas jiran TU lah mama minta first girl buat kek ni, bila nak pulang kedua-dua bekas ni - first girl tanya "besen tu bukan kita punye?" (punya le lama kat kami dah macam harta sendiri - maaf ye jiran TU).

Teringat ceramah Maulidur Rasul oleh Penolong Mufti Selangor Mat Jais Kamous - kalau jiran sedekah makanan jangan pinggan tak pulang-pulang balik sampai jiran malas nak sedekah lagi. TU yang mama malu ke diri sendiri he he he. Bukan nak buat harta tetapi TERLUPA!


No comments:

Post a Comment