Tuesday 12 February 2013

periuk ajaib - ikan kicap berempah

...asalnya mama nak masak ikan Portugis (nak tiru Sue Kuching) tetapi terjadi ikan Congo ... kerana  first girl terpanggang sebab mama letak ikan kacang ni di atas ayam dalam peti sejuk. Mama hanya suruh goreng ayam, ikan tak bagi arahan pun - hatta telah telah ditakdirkan...

sebelum masak kali kedua


siap hidang 



siap masak


Resipi:
1 ekor ikan kacang - panggang
2 sudu akan cili giling
1 sudu makan rempah kari
5 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tomato
1/4 cawan air (ikut suka)
2 romato - belah 4
2 bawang besar - potong kasar
daun sup
cili padi
halia - mayang
- panggang ikan di dalam periuk ajaib (ketepikan)
- tumis sedikit  bawang dan halia dalam kuali
- masuk cili giling
- masuk rempah masak sehingga naik bau
- masuk sos, kicap
- masuk air
- curah atas ikan panggang dalam periuk ajaib
- masuk tomato, baki bawang dan daun sup
- masak lebih kurang 10 minit lagi


No comments:

Post a Comment