Tuesday 21 May 2013

kerabu emping

Makanan tradisional dari Kedah, pengganti kepada serunding bagi orang yang tidak gemar ayam atau daging. Penyediaannya agak rumit - orang dulu-dulu menyediakannya sehari satu bahan, contoh hari pertama menggoreng emping, hari ke-2 menggoreng bawang, hari ke-3 menggoreng kelapa, hari ke-4 menggoreng udang dan ikan masin dan akhir sekali mungkin hari ke-5 baru menyiapkan bahan basah seperti cili, lengkuas, serai dan sebagainya - sabar je le!

Keseluruhan proses Mama membuat kerabu emping mengguna resipi sebanyak ini sahaja mengambil masa sekitar 3 jam... nak makan ngap je... tak sampai seminit!


nak tunjuk seperah yang Mama buat dulu-dulu, la ni tak buat dah!


menunjuk sungguh Mama he he he


nak tayang sikitlah!



Resipi:
Bahannya:
400 gm @ 4 cawan emping
300 gm @ 3 cawan kelapa parut
40 gm @ 4 sudu makan udang kering
100 gm bawang goreng
2 cili kering
gula dan garam
minyak
* ukuran cawan metriks

Bahan dikisar:
7  tangkai cili kering
4 batang sera
3 cm lengkuas
1  bawang merah
1/3 cawan air

Cara membuatnya:
1. Emping digoreng dengan dua sudu makan minyak masak hingga kekuningan dan menggelembung dengan menggunakan api paling kecil. Ketepikan.
2. Kelapa digoreng sehingga keperangan-perangan. Biarkan sejuk baharu ditumbuk.
3.  Udang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
4. Dua tangkai cili kering dihiris halus.
5. Tumis bahan kisar dengan tiga sudu makan minyak masak sehingga kering. Masak sehingga pes bahan kisar menjadi berbintil-bintil.
6. Masukkan emping dan kacau sehingga sebati.
7. Masukkan udang kering, kelapa dan bawang goreng.
8. Masukkan garam dan gula, rasa masin dan manis secukupnya (berhati-hati sebab udang kering  telah sedia masin).
9. Siap untuk dihidangkan.

* Semua bahan dimasak menggunakan api paling kecil.
* Lebih sedap jika menggunakan bawang goreng dibuat sendiri.
* Boleh ditambah isi ikan masin.
   
*** Info Tambahan

1. Makanan yang berasal dari negeri Kedah.
2. Makanan kering dan tahan lama seperti serunding,jika disimpan di dalam bekas kedap udara.
3. Makanan yang dimakan bersama-sama nasi atau roti.
4. Makanan yang sihat dan berkhasiat - karbohidrat, protein dan vitamin.
5. Makanan yang sesuai untuk dibuat bekalan dalam perjalanan jauh (orang dahulu membawanya ke Mekah).
6. Makanan yang sesuai dijadikan kudapan yang berkhasiat kerana tiada bahan pengawet yang digunakan.

No comments:

Post a Comment