Seketika heboh mengenai macaroon, kemudian kek
red velvet, kemudian pula kek puding karamel, diikuti apam
polka dot dot dot... angry bird, lepas tu heboh pula pavlova, kemudian lagi...
rainbow iaitu pelbagai
rainbow seperti kek, puding dan agar-agar dan sekarang ni
durian crepe pula.
Semua orang pakat heboh, mama pun jadi teringin. Mama minta Farhah & Adilah buatkan menggunakan resipi carian di internet, dan hasilnya...
guna egg whrisk - ada saki baki tepung
tetapi tak ketara sangat
sapa pun tak teringin sebab seperti dakwat tumpah
NAK TAU RASANYA?
Tekstur agak kenyal, rasa lemak tetapi tak manis (bergantung kepada jenis krim yang digunakan). Sedap kalau duriannya memang sedap. Cubalah sekali dalam hidup
he he he.
Resipi:
crepe:
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi/kanji
2 1/2 cawan air
3 telur
1 sudu makan gula halus
secubit garam
- campur guna
egg whisk atau
blend
- lempengkan tetapi sebelah sahaja
inti:
isi durian - lecek
250 ml
whipping cream - putar sehingga' bertanduk'
persembahan:
- letak krim atas
crepe
- letak isi durian
- lipat
- masuk fridge
*peroleh 12 keping
crepe