Friday, 23 November 2012

durian crepe

Seketika heboh mengenai macaroon, kemudian kek red velvet, kemudian pula kek puding karamel, diikuti apam polka dot dot dot... angry bird, lepas tu heboh pula pavlova, kemudian lagi... rainbow iaitu pelbagai rainbow seperti kek, puding dan agar-agar dan sekarang ni durian crepe pula.

Semua orang pakat  heboh, mama pun jadi teringin. Mama minta Farhah & Adilah buatkan menggunakan resipi carian di internet, dan hasilnya...


guna egg whrisk - ada saki baki tepung


tetapi tak ketara sangat


sapa pun tak teringin sebab seperti dakwat tumpah



NAK TAU RASANYA?

Tekstur agak kenyal, rasa lemak tetapi tak manis (bergantung kepada jenis krim yang digunakan). Sedap kalau duriannya memang sedap. Cubalah sekali dalam hidup he he he.

Resipi:
crepe:
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi/kanji
2 1/2 cawan air
3 telur
1 sudu makan gula halus
secubit garam
- campur guna egg whisk atau blend
- lempengkan tetapi sebelah sahaja

inti:
isi durian - lecek
250 ml whipping cream - putar sehingga' bertanduk'

persembahan:
- letak krim atas crepe
- letak isi durian
- lipat
- masuk fridge
*peroleh 12 keping crepe

No comments:

Post a Comment