Sunday 31 March 2013

baking ulangan

Sepanjang bercuti tetapi kesemuanya menu ulangan ...

pavlova


tak pernah jemu


jamu twin


...dan girls


nampak macam muka itek


 kek karamel


mereka tak gemar... tak tunjuk-tunjuk sangat


red velvet cake


kalau sebiji lagi pun boleh


tunjuk/tayang lebih sikit he he he


 kek karot


penuhi citarasa second girl


... kerana keputusan SPMnya


bagi makan dulu (hadiah belum lagi) - cheese tebal tu!


makan di sekeliling dulu


gaya mengancam


  
baki hingga 6.00 petang semalam


hantar Lembah Keramat - kirim LOVE


  asalnya hodoh, guna teknik SINI


harap bantuan asesori bagi elok walaupun tak cantik


sama dengan pavlova ni


***Anekdot
Mama buat deco pada red velvet cake selepas melihat teknik yang digunakan - rasa macam senang je. Lalu mamapun ke kedai Bagus mencari nozzle tetapi tak ingat nombornya, jadi nampak yang sewaktu dengannya mama pun ambil nozzle ni - kebetulan tinggal satu RM5.50 (bolehlah tu). Sebenarnya mama tak ada piping beg, selalu tu mama guna plastik bungkus makanan je.

Dengan semangat waja mamapun mula deco, mak ai licinnya! Entah apa tak kena, mungkin sebab cheese kut. Apalagi boh getah dan puaslah pedo - tu yang herot-petot. Lain kali kalau nak buat biar guna alat yang sesuai ye! Patut masuk kelas hiasan keklah selepas ni.

First son tanya mama buat ke? Muka nampak macam tak percaya, manakala second twin tanya berapa lama mama buat? Mama tak akan buang masa lebih satu setengah jam di dapur (masaklah apapun) - mungkin sebab dapur tak lawa he he he. Malas lama-lama di dapur, setakat itu je mama nak deco. Nasib tak menyebelahi kek karot ni - mama sapu je dengan spatula. First girl tolong deco - jadilah tu tahap amatur ...!

Bangkok House

...di Mont Kiara kerana penuhi hajat twin.


nasi - empat orang


 som tam


 tom yam


 chicken fillet  curry


 sweet sour


telur bungkus - cantik sudu & garfu


kangkung belacan dua piring


satu - kuetiau tom yam


satu - nasi goreng Thai


empat - set pulut mangga


satu - Thai green curry noddles ni paling menarik


bihun, kacang panjang, tauge, timun, kobis, cili kering goreng & daun salam kut


depa panggil laksa


kuah lemak hijau


terung hijau, terung pipit, kacang panjang & isi ayam


rasa lemak, manis, pedas & masam (asidic) - SEDAP


ada idea nak masak ni pula...

***Anekdot
Mama terkejut juga melihat menu yang ada 'pork' bila buat carian di Goggle SINI - nama sama juga! Tetapi menurut twin pemiliknya di SINI ialah orang Islam yang bersahabat dengan ustaz.

Twin hendak sangat ke sini sejak cuti Disember lepas tetapi kami tidak jumpa kedainya (tersalah info). Mereka tidak berkesempatan hadir ketika pembukaan cawangan baru di Mont Kiara kerana tugas di sekolah. Semua rakan mereka yang hadir untuk membaca al-Quran 30 juz telah menceritakan tentang keenakan masakan di sini. Bagi memenuhi hajat twin, malam semalam kami yang lain semuanya juga dapat merasa masakan di Restoran Bangkok House - terima kasih Ma Tipah...

Setelah mendapatkan lokasi kedai kami pun memilih Mont Kiara kerana lebih dekat, asalnya hendak ke cawangan di Petaling Jaya. Makanan semuanya sedap dan harganya pun... hem hem hem.

Oh ya... sudu & garfu memang cantik - mama tanya berapa? RM15.00 satu set... he he he nakal!

betul tak teori ni...?

Kalau kita ke kedai makan atau lalu sahaja di kedai tersebut, nampak makanan tak habis dalam pinggan pelanggan tandanya kedai tersebut makanannya tak sedap!

Satu malam dalam minggu ni, kami ke sebuah pasar raya kerana sebelum itu menghantar first girl menghadiri peperiksaan. Sementelahan menunggunya, kami telah pergi membeli barang keperluan dan anak mak mertua mencadangkan kami makan di situ. Mama telah mengesyorkan teori mama ni tetapi anak mak mertua kata mungkin sebab mereka kenyang. Kalau hampir semua yang makan tak habis- apa kenyangnya! Kalau pinggan lelaki dan wanita muda (agak-agaknya mereka couple) bolehlah nak kata mereka kenyang tetapi yang mama nampak ramai yang berkeluarga juga meninggalkan makanan dalam pinggan dan dalam piring lauk berbaki tentu tak sedap! He he he - guna teori apa tah, tak ada sandaranpun...

Kemudian kami ke D'Laman merasai makanan ibu SINI - semua pinggan termasuk pinggan couple  licin  walaupun sudah 11.000 malam.

Gambar ehsan Goggle images


Wednesday 27 March 2013

nun.... 2060

Cuti - Rabu hingga-Jumaat sempena cuti sekolah. Hari ini mama daftar semua anak untuk menunaikan haji dan tarikh yang diberikan adalah pada 2060! Mama pernah daftar pada bulan Jun 2010 dan pada ketika itu tarikhnya 2038... (sabarlah menunggu)


***Anekdot
Mama cuti sebab tinggal twins je, girls - seorang ada kelas, seorang lagi mengikuti kursus penulis remaja di  Hulu Langat. Dah dua hari twins makan makanan melalui pesanan dalam talian, setakat masak mi segera lepaslah.

Hari ini mama bawa mereka ke Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Wangsa Maju untuk membuat pasport kerana ustaz minta buatkan untuk mereka mengikuti lawatan ke Singapura atau Selatan Thailand. Bayaran pasport untuk lima tahun RM300.00 dan  warga 60 tahun dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM150.00.

Kemudian layan mereka di Saba dan singgah pula ke Restoran Kadir untuk jus karot susu. Malam mama masak - ayam temasik je... SINI

hanya di Teluk Intan

... gambar terjumpa dalam telefon bimbit. Sekitar akhir tahun lepas mama melawat sekitar bandar Teluk Intan lagi bersama-sama enam orang staf. Asalnya ke sini kerana ziarah kematian, jadi gambar diambil hanyalah menggunakan kamera daripada telefon bimbit yang kurang canggih. Alhamdullillah sebab masih ada fungsi kamera walaupun tak canggih - masih boleh nampak rupa dan bentuk objek.

roti bengali, roti manis, seri kaya dan kacang kuda


roti benggali



pisa


  ayam Krisnan - permintaan kawan


singgah gerai mi Zul di R&R Rawang


***Anekdot
Mama sangat suka roti benggali ni, kalaulah dok dekat - hari-hari mama beli he he he. Roti ini dijual di bahagian belakang masjid di bandar Teluk Intan, waktu perniagaan hanya selepas waktu Zuhur dan Asar. Selepas Isyak penjual ini akan berada di kawasan pisa (05-6219230 tak ingat nama penjual, memang penjual tak mempunyai telefon bimbit).

Sunday 24 March 2013

kari tanpa santan

...ayam


tambah air


Resipi:
1 ayam
3 sudu rempah kari
2 bawang besar
3 bawang putih
2 sudu makan cili kisar
2 serai
2 tomato - kisar
2 pelepah daun kari
3 inci kulit kayu manis
minyak, garam
-  A) Kisar bawang besar, bawang putih dan serai
-  B) Kisar tomato berasingan
- Tumis bahan A & kulit kayu manis - sampai agak kering
- Masuk cili kisar
- Masuk rempah
- Masuk B
- Masuk ayam sehingga empuk
- Masuk air (ikut suka)

hujung minggu

...penuhi dengan kenduri. Tahun ini mama terfikir untuk memuatkan gambar pengantin sahaja. Tetapi apabila mama menghadiri majlis perkahwinan yang pertama ini  mama ingin berkongsi gambar. Mama memang tidak berhajat untuk membawa kamera (rasa terkilan sungguh) gambar yang diambil menggunakan kamera telefon bimbit yang tak canggih.

 1. Songkot Villa di Batu 12 Hulu Langat

Perkahwinan anak Puan Mariam




mak saudara pengantin perempuan pernah bertugas sebagai wedding planer. Makanan, hiasan dan konsep yang sedap, cantik dan menarik - gabungan warna plastel

peteratna

 

mama suka  hiasan ini


pencuci mulut dan kek pengantin
untuk tetamu


meja hidangan hanya untuk mempelai

 
individual set 

 

hiasan meja


kek untuk tetamu


meja ucapan kepada mempelai 



ruang dalam bunglow dua tingkat


banyak ruang dan bilik - tak ambil keseluruhan bangunan



2. Kenduri kerana akan berangkat menunaikan umrah dan sambutan hari lahir  - anak Pak Lang (Puan Yati) di Taman Templer


Yati buat kek-kek ni



nasi/kuih semua sedap tetapi...


mama pilih lempeng


3. Perkahwinan anak Puan Noraini di Masjid Salahuddin al-Ayubi di Taman Melati


4. Perkahwinan Ustazah Sharifah Durrah