Sunday 31 March 2013

betul tak teori ni...?

Kalau kita ke kedai makan atau lalu sahaja di kedai tersebut, nampak makanan tak habis dalam pinggan pelanggan tandanya kedai tersebut makanannya tak sedap!

Satu malam dalam minggu ni, kami ke sebuah pasar raya kerana sebelum itu menghantar first girl menghadiri peperiksaan. Sementelahan menunggunya, kami telah pergi membeli barang keperluan dan anak mak mertua mencadangkan kami makan di situ. Mama telah mengesyorkan teori mama ni tetapi anak mak mertua kata mungkin sebab mereka kenyang. Kalau hampir semua yang makan tak habis- apa kenyangnya! Kalau pinggan lelaki dan wanita muda (agak-agaknya mereka couple) bolehlah nak kata mereka kenyang tetapi yang mama nampak ramai yang berkeluarga juga meninggalkan makanan dalam pinggan dan dalam piring lauk berbaki tentu tak sedap! He he he - guna teori apa tah, tak ada sandaranpun...

Kemudian kami ke D'Laman merasai makanan ibu SINI - semua pinggan termasuk pinggan couple  licin  walaupun sudah 11.000 malam.

Gambar ehsan Goggle images


No comments:

Post a Comment