Thursday 7 March 2013

Alhamdulillah

... kembali berblog. Lama mama tak menulis di blog, mungkin cuaca yang panas juga mama rasa tak selesa. Tadi sebelum Maghrib hujan turun dengan lebatnya  - Alhamdulillah.


Banyak-banyak syukur kepada Allah SWT kerana hari ini banyaknya nikmatNya kepada mama. Sekadar nak kongsi satu sahaja yang paling mama rasa sangat bersyukur  - FIRST TWIN mengimami solat Isyak tadi di surau Mustaqim. Malam ini semua imam berhalangan, Ustaz Zuhir ke Pulau Pinang kerana anaknya Asim mewakili Perlis dalam Hafazan Peringkat Kebangsaan kategori juz 1-39. Manakala seorang lagi bekas pelajar Dar Quran Wal Hadis; Asfar mewakili bagi kategori jus 1-20. Tahun lepas mereka mewakili Selangor tetapi tahun ini mereka menjadi pelajar di MANTIN, Perlis. Hadiah johan ketika Asim  memenangi   peringkat negeri Perlis ialah pakej umrah. Tahniah untuk mereka dan Alhamdulillah. Manakala Ustaz Sayuti bertugas di masjid Sobirin dan Ustaz Badrul mungkin ke Kemensah Height sebab tadi second twin tidak kelihatan ketika iftar kerana ada jemputan di sana (menurut first twin).

Selepas solat ada yang bertanya first atau second twin - mama mula-mula rasa first twin - nasib baik betul. Mama nampak ramai pelajar yang menjadi makmum Isyak tadi; rasanya second twin dah balik. Mama pun tak berapa cam sebab suara mereka sama cuma second twin suaranya agak keras sedikit. Bacaannya ialah surah al-Insan; surah yang sangat-sangat semua keluarga mama minati,  first girl paling suka baca surah ini.

Alhamdulillah - mama memang berdoa agar anak mama yang akan mengimamkan jemaah masjid, cuma harapan mama jemaah di Taman Permata. Kalau ada rezeki anak-anak mama jadilah imam solat Jumaat di situ nanti, insya Allah. Twins baru 16 tahun, insya Allah panjang lagi perjalanan dan banyak lagi yang perlu dipelajari...

Seorang rakan telah menghadiahkan buku seperti di atas; terima kasih atau ayat lain - menghadiahi mama sebuah buku he he he. Mama memang meminati tulisan Prof Dr. Muhamad Kamil Ibrahim. Mama memang bercita-cita untuk menulis sepertinya - dalam bahasa yang mudah,  terasa seperti  bersantai sahaja, menegur dalam bahasa yang lemah-lembut tetapi membuat jiwa mama terkesima dengan tulisannya. Prof menulis dengan hati - insya Allah akan sampai ke hati pembacanya. Mama ingin menulis tetapi takut tercerita yang boleh menyentuh hal orang lain sebab tak ada ilmu penulisan - perlu ikuti kursus PTS dulu he he he.

Nak kongsi cerita - seminggu yang lalu, sepupu mama Abang Rahim yang mama ceritakan terlantar di ICU, Hospital Universiti telah kembali ke rahmatullah pada 28 Feb; hari jadinya adalah pada 2 Mac - al-Fatihah. Sambung sikit lagi - Abdul Rahim ABANG untuk semua kami dalam keluarga Tok Rafeah. Semua panggil beliau dengan panggilan ini; tidak kira usia dan pangkat. Meninggal pada hari Khamis, dikebumikan pada hari Jumaat dan tahlil malam tersebut ialah malam hari lahir beliau yang ke-56.

Masakan? Memang mama masak cuma tiada yang baru - tom yam, kek merah dan kek keju - first girl masakan; sup ayam second girl buatkan dan mama nak rehat sekejap, he he he dah ada pembantu, lepaslah daripada kelaparan... dapat tarik selimutpun sudah memadai...


No comments:

Post a Comment