Saturday 9 February 2013

moniese @ Monie's prawn omelette

Cuti-cuti ni mama mengadap tv... biasalah channel mama 727, 703 dan 707. Entah saluran yang mana mama ternampak perempuan cina - kurus dan lawa he he he (kan kurus tu lawa) sedang mengacarakan rancangan makan/masakan. Mama ternampak beliau sedang makan taiwanese oyster omelette - terus mama goggle, asalnya tak tau pun nak panggil apa benda Allah ni, mama buat carian iaitu menggunakan nama taiwan omelet terus keluar nama, ejaan, resipi dan cara membuatnya.

Berpandukan youtube, mama derhaka pada resipi ini (biasalah mama) kerana kebanyakannya bahan yang tidak halal. Cara penyediaannya juga mama derhaka kerana nak memudahkan mama dan namanya pun mama tukar he he he - ayat biasa "Kita buat dia".



omelet


sos


tuang sos atas omelet


Resipi (untuk seorang)
omelet-
2 biji telur
5 udang
1 pokok sayur pak choy
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepang ubi
100 ml air
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan kicap cair
1 bawang putih - cincang
lada putih, minyak
- perap udang, lada putih, kicap cair dan sos ikan
- bancuh tepung dengan air
- guna frying pan
- tumis bawang putih sampai naik bau
- masuk udang yang diperap sampai udang bertukar merah
- masuk bancuhan tepung sampai hilang warna putih tepung
- masuk telur, agak mengeras sedikit baru pecahkan telur kuning
- masuk sayur - tutup dengan tudung periuk agak sayur layu
- balik-balikkan adunan
- hidang bersama-sama sos

sos-
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos nanas
2 sudu makan kicap cair
- campur semua
- rasa masam, manis, masin
- kalau perlu tambah gula
** sos cili yang  mama gunakan memang sedia manis

6 comments:

  1. Salam Monie,

    nama perempuan tu Ching Chi Huang! I pun suka tengok dia masak!

    ReplyDelete
  2. thanks Puan - main hentam je resipi tgk tv - dia ni makan macam2 tapi tak gemuk kan!
    Sedap tau...girls pun komen yang sama - kena buat lagi...

    ReplyDelete
  3. Salam Monie,

    penbetulan, Ching He Huang! Itu yg jeles tu, Giada pun mcm tu. Kalau kita dok tempat mrk, hancuss! Banyaknya bahan, padanlah sedap!

    ReplyDelete
  4. agaknya kalau guna oyster lagi sedap... banyak ke bahan? bahan biasa2 je... kebetulan semua bahan ni ada dlm fridge kecuali pak choi. Ikut asalnya tepung sweet potatoes (entah apa; aganya tepung ubi keledek kut - tepung ubi kentang ada juga dlm frige, baki buat biskut German raya hari tu.) Nampak gayanya org Tmn. Permata ni

    ReplyDelete
  5. (sambung dari di atas) ... tak kurus-kurus le...

    ReplyDelete
  6. Puan - saya cuba beri komen ttg jin tu (tak lepas2) sampai tahap jemu, entah kat mana silapnya), kalau puan dapat, saya nak seekoq juga ye! sepupu jin puan pun ok...he he he

    ReplyDelete