Sunday 17 February 2013

ayam goreng sos jem marmalad

makan je... sedap rasa lemon. Mama ternampak rancangan masak-memasak menggunakan jem strawberi dalam masakannya, maka mama terfikir elok cuba jem marmalad (kulit limau) dalam sos. Mama beli jem ini untuk dimakan bersama-sama roti bakar dan mentega Lurpak kerana sebelum ini mama beli jem miniatur yang mengandungi pelbagai perasa terasa sedap sangat jem marmalad ni. Apabila beli sebotol rasa tak sedap dah he he he (bila sedikit selalu rasa tak cukup, bila dah banyak langsung tak habis).


Resipi:
ayam-
6 ketul ayam
3 sudu makan tepung ayam goreng
1/2 telur
garam, minyak
- celup ayam dalam telur
- golek atas tepung
- goreng di dalam minyak penuh

sos-
2 sudu makan jem marmalad
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan cili kisar (siap dimasak)
2 bawang putih - cincang
minyak zaitun
bijan
- tumis bawang putih
- masuk semua berbaki
- masak sehingga agak pekat mengguna api kecil
- masuk atau celup ayam goreng
- tabur bijan sebagai hiasan
* jem sedia manis, tidak perlu ditambah gula

No comments:

Post a Comment