Friday 11 January 2013

Banting

... pernah dua kali ke sini sekitar 1983 kerana membuat persembahan puisi di Pantai Morib dan ke rumah seorang kenalan. Hari ini pergi kerana tugas rasmi tetapi sempat meninjau beberapa tempat sebab pertamanya tersesat dan keduanya memang pergi melihat permandangan.

Ketika mencari tempat yang dituju tiba-tiba tanda arah tidak kelihatan, kami terus sahaja perjalanan tetapi jalan makin sempit dan kelihatan tiada pembangunan. Pada mulanya kami berfikiran positif, ye le tempat belajar elok di tempat yang sunyi jauh daripada gangguan; rupanya kami tersalah jalan... memang jalan mati he he he. Dek kerana tersesat maka kami sampai ke Muzium Insitu Jugra tetapi tidak masuk ke dalam bangunan sekadar di luar sahaja. Kami juga melihat arah ke tempat melihat anak bulan (cerapan anak bulan) tetapi kami tak singgah kerana tidak berkesempatan.



kereta peronda


Di sebelah mama ialah batu kisar tebu dipercayai digunakan pada abad ke-18. Batu ini digerakkan oleh kerbau; air tebu kemudian diproses menjadi sejenis simen untuk membuat istana, kubu dan rumah. (hebatnya orang dulu)


bentuk rumah Selangor agaknya


pokok petai (tak pernah tengok he he he)







***
Ketika laluan yang kami lalui makin sempit, makin banyak pokok besar, jumpa biawak, pokok petai... tapi terus juga perjalanan.. awat le kami tak fikir.

1 comment:

  1. Seronok mengimbau kisah menyanyi cemara tu..lawak! Dah banyak perubahan agaknya tempat2 tu...dekat umah aku ada sepokok petai,depan gerai Din goreng pisang tu..selalu berbuah..kat tepi umah Daim pula ada pokok jering..aku yg teruja tengok pokok2 tu...

    ReplyDelete