Monday 7 January 2013

kurus cantik

...sapa kata?

LAGU kata (tiru idea Mat Lutfi SINI ) dan SIMPULAN BAHASA kata (orang tua dulu-dulu lah yang kata ni...) - contoh:

Lirik lagu P.Ramlee
...
Aku jumpa seorang nona (baju kebaya)
Kecil molek macam biola (baju kebaya)
Pinggang ramping bagai kerengga (baju kebaya)
Selalu pakai sanggul dua (baju kebaya)
Bila ku pandang dia ketawa (baju kebaya)
Dia rasa cukup lawa (baju kebaya)...

Lirik Yok Goyang
(chorus)
Yok yok yok kita bergoyang,
dari malam sabtu ke ke ke ke senin siang
mata bertentang mata dan pinggang ke pinggang
adik manis jangan segan bak bak bak datang

Lagu Marilah Maria
Pinggang ramping segar bagai kerengga
Nampak ada bunga di atas kepala
Macam kenal macam pernah aku jumpa
Di wayang gambar atau pun di mana-mana
Rasanya…

Simpulan Bahasa
Pinggang kerengga : Ramping – khas untuk wanita yang berpinggang kerengga sesuai memakai baju kebaya pendek.

***
Kata ramping berpadanan dengan pinggang, manakala kerangga pula banyak mengikut kata selepas pinggang... atau pinggang bak... (mama tak le semak korpus). Daripada contoh ni memang orang kurus dipandang cantik. Mustahil orang gemuk pinggang bak kerengga... moral of the story memang kurus tu cantik. HA HA HA!

Hari ini mama mula nak diet ...cewah! Menjadi ke?...tunggu.... Kalau buat beramai-ramai mungkin lebih bersemangat. Bertitik tolak daripada selepas menjalani pemeriksaan buah pinggang tempoh hari. Macam mana ye nak turun 20 kg? (ala 10 kg pun ok dah he he he... nak sedap hati). Jom Sue (Kuching) & Sue (KL) kita diet!

Sebenarnya mama cuba tak jamah nasi tiga minggu (correct - ada ambil dua kali - dua sudu dan sekali 1/2 senduk) turun dua kilo tetapi pinggang kain masih ketat. Mama ni jenis pantang tengok makanan - tahap keinginan memang tinggi...

Diet apa? Mama cuba SDII... cubaan kali kedua. Harapnya selepas ini boleh tinggal nombor 70-an. Nak kurus dan sihat sebab bila berat terasa pergerakan terhad.

Cuba tengok iklan kurus... ada gambar sebelum... & selepas... Kadang-kadang terlintas di hati mama eloklah 'depa-depa' ni gemok. Ini kerana selepas kurus diadakan pertandingan, maka 'depa-depa' ni mengayakan baju yang 'melekat'. Ye le nak menang kan!. Mama pun masih menyimpan baju ketika berat 60 kg... sebagai galakan... (baju kahwin pun masih ada) bukan tujuan nak peraga badan (body) tetapi nak mengamalkan sesuatu yang sihat sebab berat berlebihan mengundang penyakit tambahan mama ada masalah cakera terseliuh (slip disc - agaknya betul istilah ni... nanti buat carian lagi).

SEMOGA MAMA BERJAYA!


No comments:

Post a Comment