mama buat sos tetapi terus terang - TAK SEDAP!
buat empat biji
rupa pek
rupa rice paper
nasib baik ada baki sos semalam
Resipi:
timun
karot
daun sup
sosej ayam - panggang (guna periuk ajaib tu le he he he)
- semua potong memanjang kecuali daun sup
- susun memanjang
*mama buat serba empat
rice paper:
4 rice paper
air
- bubuh air masak sejuk dalam pinggang
- rendam rice paper
- kira 30 saat (dalam hati @ nak jerit pun boleh he he he)
- angkat dan letak dalam pinggang
*mama guna pinggan tupperware (tak melekat - cewah tolong promo)
- letak bahan-bahan yang disukai
- lipat dan gulung seperti ketayap
- potong atau lambak je he he he
- hidang bersama-sama sos
sos (yang tak sedap):
4 sudu makan sos ikan (tu termasin)
4 sudu makan air
2 sudu makan gula perang
1 sudu makan sos plum
1/2 sudu makan sos hosin (ada bau)
1 sudu makan jem marmalad
- campur semua
*mama akan cari resipi lain - kombinasi ni tak sesuai dengan tekak mama, tekak nak yang pedas sikit. Apa-apa pun mama dah tau rasa rice paper.
Nak tau?
Tawar dan kenyal. Mulanya mama agak rice paper ini akan terkoyak tetapi langsung tak koyak, mungkin sebab mama ikut peraturan dalam carian goggle.
No comments:
Post a Comment