Wednesday 21 August 2013

salam Syawal

Genap dua bulan Mama Monie tak menulis di sini sebab dah ada rumah baru cewah! Sebenarnya kalau kita tak sihat kita tak digalakkan untuk mewar-warkannya tetapi sekadar berkongsi cerita - Mama cuma Allah uji dengan sakit perut sikit je - keluar ikut atas dan bawah he he he. Allah beri peringatan tu! Jadi semua janji untuk menghadiri jemputan tidak dapat dipenuhi - walimatus urus dan rumah terbuka. MAAF.


Wednesday 19 June 2013

ikan yu sambal terung lagi

... cuma anak ikan yu @ jaws.


Resipi SINI

kita merasa

...kerana orang memberi. Pemberian dari  3 orang - terima kasih atas ingatan. Seorang kawan baru balik mengerjakan umrah, selepas seminggu bercuti ke Vietnam pula dan kali ini jiranya ikut serta, manakala seorang lagi memberi keronsang. Terima kasih daun keladi.

sejadah dan aprikot kering


kedua-dua sahabat memberi benda yang sama coffee maker!

juga sebuah bekas daripada kain


Vietnamese coffee maker 

baca SINI


kerongsang


temasik ke singapura

... buat lagi he he he.



 Resipi DI SINI

buah tunjuk langit

..pemberian Alang, suami Aliah. Sudah tiga kali Alang mengirimkan buah ini tetapi kali ini dalam versi penuh... siap berikat getah supaya tidak terburai. Sebelum ini buah ini diberikan kepada Mama terburai. Rasanya sangat pahit, dimakan hanya 1/2 atau 1/4 sahaja, 1 kali seminggu dan memerlukan pengambilan air yang banyak.

Mengapa tunjuk langit? Kerana buah ini mengarah ke atas!

 


buah mengarah ke langit
gambar-gambar ihsan Goggle Images



Tuesday 4 June 2013

pemberian lagi

... rezeki jangan ditolak. Rezeki memang tak disangka-sangka.

lopeh - Azilah


tembikai & keropok - jiran Pak Enal


halba campur - Kak Jit


keronsang - Ros


Saturday 1 June 2013

orang memberi

...kita merasa. Terima kasih Wan kerana memberi gula melaka, pulut hitam dan pekasam - terlambat nak kirim emping


Wednesday 29 May 2013

beg kartun

Mama terjumpa beg idaman first girl... rupanya second girl pun minat. Alamak kena pi lagi Jalan TAR.








Sunday 26 May 2013

ikan yu

Mama sekeluarga dinner kami JAWS!

Nampak macho dan handsome lol!


dah jadi kari tetap handsome he he he



resipi link kari SINI dan sup SINI

blog baru

... Mama buka blog baru sebab menyertai Peraduan Membuat Blog anjuran Puspanita SINI


Tuesday 21 May 2013

hadiah hari lahir

... tapi terawal dua bulan. Terima kasih Anoi!

To My Beloved Sister


ni memang Mama suka


lepas ni nak cari Ghirardelli  chocolate


new toy - microplane

...adik hadiah - datang dari London, jangan jelous ye.... Sue Kuching!



TERIMA KASIH DAUN KELADI

kerabu emping

Makanan tradisional dari Kedah, pengganti kepada serunding bagi orang yang tidak gemar ayam atau daging. Penyediaannya agak rumit - orang dulu-dulu menyediakannya sehari satu bahan, contoh hari pertama menggoreng emping, hari ke-2 menggoreng bawang, hari ke-3 menggoreng kelapa, hari ke-4 menggoreng udang dan ikan masin dan akhir sekali mungkin hari ke-5 baru menyiapkan bahan basah seperti cili, lengkuas, serai dan sebagainya - sabar je le!

Keseluruhan proses Mama membuat kerabu emping mengguna resipi sebanyak ini sahaja mengambil masa sekitar 3 jam... nak makan ngap je... tak sampai seminit!


nak tunjuk seperah yang Mama buat dulu-dulu, la ni tak buat dah!


menunjuk sungguh Mama he he he


nak tayang sikitlah!



Resipi:
Bahannya:
400 gm @ 4 cawan emping
300 gm @ 3 cawan kelapa parut
40 gm @ 4 sudu makan udang kering
100 gm bawang goreng
2 cili kering
gula dan garam
minyak
* ukuran cawan metriks

Bahan dikisar:
7  tangkai cili kering
4 batang sera
3 cm lengkuas
1  bawang merah
1/3 cawan air

Cara membuatnya:
1. Emping digoreng dengan dua sudu makan minyak masak hingga kekuningan dan menggelembung dengan menggunakan api paling kecil. Ketepikan.
2. Kelapa digoreng sehingga keperangan-perangan. Biarkan sejuk baharu ditumbuk.
3.  Udang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
4. Dua tangkai cili kering dihiris halus.
5. Tumis bahan kisar dengan tiga sudu makan minyak masak sehingga kering. Masak sehingga pes bahan kisar menjadi berbintil-bintil.
6. Masukkan emping dan kacau sehingga sebati.
7. Masukkan udang kering, kelapa dan bawang goreng.
8. Masukkan garam dan gula, rasa masin dan manis secukupnya (berhati-hati sebab udang kering  telah sedia masin).
9. Siap untuk dihidangkan.

* Semua bahan dimasak menggunakan api paling kecil.
* Lebih sedap jika menggunakan bawang goreng dibuat sendiri.
* Boleh ditambah isi ikan masin.
   
*** Info Tambahan

1. Makanan yang berasal dari negeri Kedah.
2. Makanan kering dan tahan lama seperti serunding,jika disimpan di dalam bekas kedap udara.
3. Makanan yang dimakan bersama-sama nasi atau roti.
4. Makanan yang sihat dan berkhasiat - karbohidrat, protein dan vitamin.
5. Makanan yang sesuai untuk dibuat bekalan dalam perjalanan jauh (orang dahulu membawanya ke Mekah).
6. Makanan yang sesuai dijadikan kudapan yang berkhasiat kerana tiada bahan pengawet yang digunakan.

lepat liat bunga cica


Bunga cica hanya terdapat di bahagian utara negeri Kedah seperti di Sik, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena. Ada juga terdapat di daerah Baling. Pokok bunga cica ini tinggi dan besar seperti pokok Sena. Berbunga hanya setahun sekali iaitu pada pertengahan bulan Februari hingga Mac. Bunganya berwarna merah jambu dan apabila kering berwarna coklat kecoklatan.

resipi ehsan Azilah

seperah daripada krusye... pun buat sendiri he he he


ni  nak menunjuk


Bahan tepung:

500 gm tepung pulut 
200 gm gula pasir  @ 1 1/2 cawan
2 cawan pati santan 
2 helai daun pandan
1 cawan serbuk bunga cica (bunga dikisar)

Bahan Inti:
1 biji kelapa parut (putihnya saja)
sedikit garam

Bahan lain:
minyak masak
daun pisang secukupnya (jemur atau layur)

Cara membuatnya:

 

1. Masak air, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk.
2. Dalam bekas masukkan tepung pulut, santan dan sendukkan gula yang dimasak tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh yang lembut.
3. Kelapa digaul dengan sedikit garam.
4. Ambil daun pisang kemudian lenserkan minyak di atasnya.
5. Letakkan 1 sudu besar tepung tadi dan isikan inti kelapa.
6. Lipat dengan kemas. Ulang cara tadi sehingga habis
7. Kukus sehingga masak sekitar 10-15 minit. Jangan terlalu lama sebab air wap akan masuk di dalamnya.
8.Siap untuk dihidangkan.


Pertandingan Memasak PUSPANITA

... lauk-pauk dan muih-muih tradisional telah diadakan pada 17 Mei 2013. Pertama kali diadakan dan mendapat sambutan agak menggalakkan. Sekadar menghias makanan kerana makanan disediakan dari  rumah ke pejabat. Semua resipi akan dibukukan dan dapatlah berkongsi resipi dan masakan terutamanya.

Seronoklah...!

kerabu emping



lepat liat bunga cica


rendang nangka 


ayam masak ulu



rendang serai ayam


rendang rebung


rendang jawa




asam pedas pari


sotong serai cek mek su



masak bali



kari jenahak



sambal hitam


wajik


rendang pedas



roti jala


puding roti


kuih cara


puding diraja


ayam masak lomak menyogat


sambal goreng



ketupat sotong


talam berlauk


kuih lapis


apam





ayam kicap masam manis



wajik



puding sagu


lepat labu


qasidah



Ada lagi resipi yang Mama tak sempat mengambil gambarnya...tunggu sehingga buku terbit 11 Jun 2013 nanti... nak booking tak Sue Kuching? Dapatkan tandatangan chef-chef yang terpendam selama ni... he he he