Tuesday 29 January 2013

bekam

...layan gambar dulu

Haah.. baru nak cerita bab bekam petang tadi. Ceritanya bermula semalam ketika menyambut hari lahir first son, adik ipar (adik anak mak mertua mama tulah) cerita tentang bekam yang dilakukan dua hari sebelum ini. Mama pun terfikir baik cuba berbekam ikut sunahtullah... Bila conggak-menconggak hari ini ialah 17 bulan Rabiul Awal, elok sangat untuk berbekam. Set temu janji..

Di mana? Di dalam kawasan Surau Nurul Muttaqim, Taman Melati, dekat stesen LRT Putra Taman Melati. Kedai ini dikendalikan oleh Puan Rosie. Dua orang pelanggan boleh dirawat serentak.

Mesti semua nak tau - SAKIT TAK?

Jawapnya  YA SAKIT jika kita berpenyakit...

Mula-mula ditanyakan kita sakit apa, sakit di mana kemudian mulalah dipasangkan cawan vakum  ini (ada dua saiz). Pada tempat yang memang bermasalah mula-mula lagi dah terasa sakit lebih kurang 2-3 minit kemudian terasa kebas. Rupa bonjol daging dalam cawan vakum seperti bontot buah manggis dan rupa 'red velvet cup cakes'  he he he - merah tua (belum buat apa-apa lagi warna dah gelap). Selepas itu dibuka semula cawan vakum ini dan mulalah dicucuk-cucuk dengan sejenis jarum/pencucuk (lupa mama nak tengok rupanya dan lupa juga untuk mengambil gambarnya). Ini dilakukan dengan pantas dan tak terasa sakit sebab kesan kebas masih ada.

Langkah seterusnya dipasangkan semula cawan vakum ini dan darah keluar mengikut tempat; jika tempat itu memang sakit maka lajulah darah keluar. Mama boleh rasa di bahagian lutut, lengan dan tengkok memang sakit dan terasa darah mengalir dan cengkaman dari vakumpun terasa 'ketat'.

Sekitar 7-8 minit cawan vakum dibuka dan darah yang terkumpul dilap dengan tisu. Darah ada dalam bentuk cecair dan ketulan yang bergumpal. Mama tak pegang langsung darah sebab tangan masih ada cawan vakum, kemudian dipasang sekali lagi cawan vakum dan diulang lagi proses yang sama. Tetapi kali ini bukan untuk mengeluarkan darah tetapi cecair jernih; katanya air bisa. Tetapi bagi kes mama darah juga yang keluar...

Asalnya mama hanya nak buat badan dan kaki sebab setiap pagi tapak kaki terasa sakit. Pada mulanya bila dipasangkan cawan vakum dalam keadaan meniarap; bahagian pelipat lutut terdapat 'blisters' (kandungan air dalam kulit yang nampak menggelembung pada kulit). Mama disarankan supaya buat bahagian lutut pula. Habis sesi meniarap, mama melentang pula tetapi hanya untuk bahagian lutut. Ni yang paling mencabar...

Setelah dipasang cawan vakum di sekeliling lutut rasa macam nak tercabut lutut (padahal mama tak ada masalah lutut langsung). Terasa macam darah berebut-rebut nak keluar cuma menunggu 'jalan' sahaja. Selepas dicucur darah tersembur keluar cawan vakum dan ada cawan vakum yang tercabut daripada isi di sekeliling lutut terpancar-pancar lajunya; habis kena cadar dan tudung Puan Rozie. Sakit mak ai... tetapi sakit yang sedap ... bukan seperti sakit cuci gigi yang sakit campur ngilu tu he he he (sempat buat perbandingan).

Berapa cawan vakum? Bergantung kepada pesakit... Mama?

21 badan belakang + tangan ke siku, 
16 dari pangkal paha ke buku lali, 
12 di keliling lutut...

Mengikut Puan Rozie jika kawasan yang dibekam kelihatan warna gelap, perlu dilakukan lagi bekam. Bila? Setelah hilang warna gelap, mungkin seminggu atau lebih. Mama akan berbekam bulan depan pulalah.

Bila elok berbekam? 17, 19 dan 21 bulan mengikut kalendar hijrah - ikut sunah.

Nak tau apa jadi dengan badan mama? Penuh dengan POKKA DOT warna maroon, ala-ala rupa  makaron pun ye juga sebesar muka cawan he he he.




blisters siku kiri


 blister disarankan sapu dengan miyak gamat


blisters siku kanan


juga blister di pelipat lutut   (tak ada dalam gambar)


Kawan-kawan perempuan mama; datang berjumpa mama untuk melihat gambar keseluruhan proses dan rupa badan mama ketika rawatan sedang dilakukan - nak tunjuk kat sini - he he he seksi seksa!

No comments:

Post a Comment