Ini menu kedua yang diajarkan oleh Kak Maria selepas masak lemak telur itik - masak tempoyak... Bagi mama ni bukan masak tempoyak tetapi masak durian sebab manis seperti durian dan tidak ada langsung rasa masam. Sebenarnya mama kurang suka tempoyak, dah beritahu Kak Maria tetapi Adilah memang hantu masak tempoyak ni. Ketika masih dalam kuali lagi Kak Maria dah suruh rasa... mak ai sedapnya - manis sungguh dan masih boleh terasa lagi di anak tekak ni. Lemak, pekat, manis... macam manis berkrim pula!
bekal untuk dibawa balik
masak sekuali
saiz sebungkus tempoyak
Resipi:
sebungkus tempoyak/durian
1 cawan santan kemancar
2 serai - dititik
2 genggam ikan bilis
2 sudu cili padi
1 sudu kunyit hidup
1 asam keping
- garam
- naikkan semua bahan dan masak sekitar 20 minit dengan api perlahan
- jika tempoyak agak masak maka tidak perlu dimasukkan asam keping
No comments:
Post a Comment