Sunday, 6 January 2013

kunjung sahabat lama

di Kampung Tengkek - Batu Kikir, Kuala Pilah.

Mama ke sana kerana ingin menemui sahabat lama yang terpisah sekitar 20 tahun. Encik Zainal Abidin Bakar & Puan Maria Ibrahim. Mama baru dapat hubungi mereka selepas membuat projek Ziarah Bahasa bersama-sama staf MP Kajang tempoh hari; Puan Habesah kebetulan kenalan rapat mereka.

Kak Maria minta mama datang ke kampung mereka. Setelah berbincang dengan anak-anak, maka hanya ada minggu ni sahaja mereka berkelapangan, First boy akan mula kelas 10 hb. & first girl 20 hb. dan perlu juga membuat persiapan minggu depan untuk first girl. Kami semua setuju untuk pergi tetapi anak mak mertua pula perlu ke Johor Bahru. Maka mama putuskan supaya kami ke sana hari ini - tinggal ye... anak mak mertua!


suasana kampung


rambutan masam - tetapi bukan masam cuma tak lekang


tinggal je sampai buruk


semua ni disuruh bawa balik
pulasan dan rambutan


projek gula kabung - Kak Maria


papan tuangan gula kabung


juga untuk dibawa balik 
 dijual RM12.00 sebungkus


projek minyak gaharu - Encik Zainal
perlu diracik-racik


dimesin menjadi serbuk


direndam dua hari sehingga busuk


kemudian baru dimasak selama dua hari



dua hari dimasak menghasilkan cuma 20 ml 


10 ml RM30.00, habis satu tabung gas


rezeki kami semua tengah hari ni





bekal untuk dibawa balik


memang sedap!


projek kambing biri-biri 17 ekor


projek ikan keli


baru sebulan, empat bulan boleh dijual


kuat makan  


satu kolah 500 anak ikan keli


terdapat lima kolah


cili padi untuk keperluan sendiri perlu dikepung sebab
bunga ayam makan, daun kambing makan


sekitar rumah - pokok langsat, durian, mangis, kelapa, enau & getah


seronokan dok kampung!

En. Zainal bekalkan satu beg plastik hitam yang besar buah rambutan masam, seplastik hitam besar rambutan dan pulasan, selain seplastik cendawan segar. Mama nak cuba buat jem rambutan - entah le bila... he he he, kut jadi jeruk rambutan pulak!. Terdapat sekitar 5-6 biji durian dan kami makan 2 biji, sedap sebab jenis manis dan lemak (buah baru buang buruk). Mama tahu first boy tak suka durian dan juga baunya, jadi mama pun tak akan bawa balik - buat pening driver kami nanti he he he. Sekitar sebulan lagi semua buah ni boleh dimakan - langsat, manggis dan durian.

Semasa kami sampai terdapat longgokan rambutan dengan dahan sekali di laman rumah. Rupanya En. Zainal tebang dahan sebab katanya nak prunning tahun ini; sebab mama terkejut nak ambil rambutan sampai kena tebang dahan/ranting.

En. Zainal minta anak-anak mama guntingkan buah rambutan dan masukkan dalam bekas; hanya girls je yang buat, first boy mama tau le...sorry ye not him!. Nak tau apa girls buat - depa gunting je dan sibuk bergambar dengan aksi budak bandar he he he. En. Zainal bercerita pada Kak Maria, betul le ni budak bandar, buat kerja ikut perintah je... sebiji pun girls tak makan!

No comments:

Post a Comment