Tuesday 8 January 2013

jem rambutan

Mama menggunakan rambutan jenis tidak lekang yang dibawa balik dari Kuala Pilah. Menghiris rambutan ini memang memerlukan tahap kesabaran kerana sekitar tiga jam mama menghirisnya; lebih daripada 20 kali terpaksa mengasah pisau. Rupanya pisau cepat tumpul. Girls cuma hiris sebiji je... kata mereka "tension...!"

peroleh dua botol - besar dan sederhana 






Resipi:
3 bekas isi rambutan (tanpa air)
1 bekas gula
- masak bersama-sama  air rambutan sampai pekat

***Anekdot
Resipi ni mama reka je sebab tak boleh nak agak sukatan gula yang diperlukan. Mama hiris rambutan ni banyak air yang keluar sebab mungkin rambutan disimpan lama (kopek petang Ahad dan simpan di dalam peti sejuk). Setelah selasai ambil isi rambutan dan sukat (mama guna sukatan ml bukan gm), mama guna nisbah 3:1 (2 isi rambutan : 1 gula). Mama fikir gula boleh ditambah jika kurang manis tetapi jika terlebih manis nahas jadinya.

Teringat tok (nenek) sebelah mak mama pernah buat halwa bilimbing buluh. Tok guna gula, gula batu dan batu menang sila. Mak mama masuk batu menang sila dalam halwa maskat (sejenis batu yang dikikis menjadi serbuk bertujuan untuk mengilat; orang utara kata 'berkaca'), Mama nak beli pun tak tau nak sebut atau panggil apa benda Allah ni di KL. Petua tok mama lagi - jangan masak dalam periuk atau kuali makanan jenis buah-buahan ini sebab warnanya akan menjadi sebam; mama guna periuk vision dan senduk kayu
 Gula batu pula memang tiada dalam simpanan. Mula mama terfikir nak masak esok; maknanya simpan satu malam lagi isi rambutan dalam peti sejuk tetapi kuatir juga isi yang manis ni bertukar menjadi masam.

Tujuan mama beriya-riya hendak buat jem rambutan ini sebab teringat Kak Tam dan Kak Teh buat biskut dayang menggunakan inti jem rambutan sekitar pertengahan 80an ketika mama tinggal di rumah bujang di Kampung Baru.


No comments:

Post a Comment