Tuesday 21 May 2013

lepat liat bunga cica


Bunga cica hanya terdapat di bahagian utara negeri Kedah seperti di Sik, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena. Ada juga terdapat di daerah Baling. Pokok bunga cica ini tinggi dan besar seperti pokok Sena. Berbunga hanya setahun sekali iaitu pada pertengahan bulan Februari hingga Mac. Bunganya berwarna merah jambu dan apabila kering berwarna coklat kecoklatan.

resipi ehsan Azilah

seperah daripada krusye... pun buat sendiri he he he


ni  nak menunjuk


Bahan tepung:

500 gm tepung pulut 
200 gm gula pasir  @ 1 1/2 cawan
2 cawan pati santan 
2 helai daun pandan
1 cawan serbuk bunga cica (bunga dikisar)

Bahan Inti:
1 biji kelapa parut (putihnya saja)
sedikit garam

Bahan lain:
minyak masak
daun pisang secukupnya (jemur atau layur)

Cara membuatnya:

 

1. Masak air, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk.
2. Dalam bekas masukkan tepung pulut, santan dan sendukkan gula yang dimasak tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh yang lembut.
3. Kelapa digaul dengan sedikit garam.
4. Ambil daun pisang kemudian lenserkan minyak di atasnya.
5. Letakkan 1 sudu besar tepung tadi dan isikan inti kelapa.
6. Lipat dengan kemas. Ulang cara tadi sehingga habis
7. Kukus sehingga masak sekitar 10-15 minit. Jangan terlalu lama sebab air wap akan masuk di dalamnya.
8.Siap untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment