Wednesday, 1 May 2013

akhirnya... kacang panjang

...dapat juga masak juga kacang panjang ni. Lama sungguh menunggu kacang panjang macam cerita Jack and the bean stalk. Pokok kacang Jack pun tumbuh satu malam je naik sampai ke langit.

Sabtu mama dah buat kari cair ini untuk pertama kalinya tetapi tak pula masak kacang panjang. Ahad ketika outing dengan twin, kacang panjang tidak ada di pasaran, agaknya musim hujan kacang ni tak nak tumbuh-tumbuh. Segagah pekasa pasar raya puas mama mencari sehingga bertanya di kaunter, maaflah memang tak ada kacang panjang! Tengah hari tu mama buat lagi kari cair ni. Sebelah petangnya menjadi rezeki sepupu-sepapat mama dapat makan dan komen mereka - sedap, walaupun cair ceroi.

Isnin mama usaha lagi, baru jumpa kacang panjang tetapi Jack dah naik ke langit. Selasa hadap sekali lagi dan hinggalah ke hari Rabu - baru Jack (kuetiau) jumpa bean (tapi long bean) tetapi telur emas tak dak sebab angsa mandul he he he. Tauhu goreng pun dapat spesies lain, keremot-keremot tetapi lebih sedap. Mahu sebulan dua baru menu ni akan berulang! Mi Kari Sengkuang SINI



Resipi KARI KACANG PANJANG:
15 batang kacang panjang (ye ke penjodoh bilangan ni?)
1 cawan isi kerang
2 sudu rempah kari
5 bawang putih
1 bawang besar
minyak zaiton
- tumis bawang
- masuk rempah hingga pecah minyak
- masuk kerang
- masuk kacang - guna api besar supaya masak sekejap sahaja
- perasa

No comments:

Post a Comment