Tuesday, 29 January 2013

bekam

...layan gambar dulu

Haah.. baru nak cerita bab bekam petang tadi. Ceritanya bermula semalam ketika menyambut hari lahir first son, adik ipar (adik anak mak mertua mama tulah) cerita tentang bekam yang dilakukan dua hari sebelum ini. Mama pun terfikir baik cuba berbekam ikut sunahtullah... Bila conggak-menconggak hari ini ialah 17 bulan Rabiul Awal, elok sangat untuk berbekam. Set temu janji..

Di mana? Di dalam kawasan Surau Nurul Muttaqim, Taman Melati, dekat stesen LRT Putra Taman Melati. Kedai ini dikendalikan oleh Puan Rosie. Dua orang pelanggan boleh dirawat serentak.

Mesti semua nak tau - SAKIT TAK?

Jawapnya  YA SAKIT jika kita berpenyakit...

Mula-mula ditanyakan kita sakit apa, sakit di mana kemudian mulalah dipasangkan cawan vakum  ini (ada dua saiz). Pada tempat yang memang bermasalah mula-mula lagi dah terasa sakit lebih kurang 2-3 minit kemudian terasa kebas. Rupa bonjol daging dalam cawan vakum seperti bontot buah manggis dan rupa 'red velvet cup cakes'  he he he - merah tua (belum buat apa-apa lagi warna dah gelap). Selepas itu dibuka semula cawan vakum ini dan mulalah dicucuk-cucuk dengan sejenis jarum/pencucuk (lupa mama nak tengok rupanya dan lupa juga untuk mengambil gambarnya). Ini dilakukan dengan pantas dan tak terasa sakit sebab kesan kebas masih ada.

Langkah seterusnya dipasangkan semula cawan vakum ini dan darah keluar mengikut tempat; jika tempat itu memang sakit maka lajulah darah keluar. Mama boleh rasa di bahagian lutut, lengan dan tengkok memang sakit dan terasa darah mengalir dan cengkaman dari vakumpun terasa 'ketat'.

Sekitar 7-8 minit cawan vakum dibuka dan darah yang terkumpul dilap dengan tisu. Darah ada dalam bentuk cecair dan ketulan yang bergumpal. Mama tak pegang langsung darah sebab tangan masih ada cawan vakum, kemudian dipasang sekali lagi cawan vakum dan diulang lagi proses yang sama. Tetapi kali ini bukan untuk mengeluarkan darah tetapi cecair jernih; katanya air bisa. Tetapi bagi kes mama darah juga yang keluar...

Asalnya mama hanya nak buat badan dan kaki sebab setiap pagi tapak kaki terasa sakit. Pada mulanya bila dipasangkan cawan vakum dalam keadaan meniarap; bahagian pelipat lutut terdapat 'blisters' (kandungan air dalam kulit yang nampak menggelembung pada kulit). Mama disarankan supaya buat bahagian lutut pula. Habis sesi meniarap, mama melentang pula tetapi hanya untuk bahagian lutut. Ni yang paling mencabar...

Setelah dipasang cawan vakum di sekeliling lutut rasa macam nak tercabut lutut (padahal mama tak ada masalah lutut langsung). Terasa macam darah berebut-rebut nak keluar cuma menunggu 'jalan' sahaja. Selepas dicucur darah tersembur keluar cawan vakum dan ada cawan vakum yang tercabut daripada isi di sekeliling lutut terpancar-pancar lajunya; habis kena cadar dan tudung Puan Rozie. Sakit mak ai... tetapi sakit yang sedap ... bukan seperti sakit cuci gigi yang sakit campur ngilu tu he he he (sempat buat perbandingan).

Berapa cawan vakum? Bergantung kepada pesakit... Mama?

21 badan belakang + tangan ke siku, 
16 dari pangkal paha ke buku lali, 
12 di keliling lutut...

Mengikut Puan Rozie jika kawasan yang dibekam kelihatan warna gelap, perlu dilakukan lagi bekam. Bila? Setelah hilang warna gelap, mungkin seminggu atau lebih. Mama akan berbekam bulan depan pulalah.

Bila elok berbekam? 17, 19 dan 21 bulan mengikut kalendar hijrah - ikut sunah.

Nak tau apa jadi dengan badan mama? Penuh dengan POKKA DOT warna maroon, ala-ala rupa  makaron pun ye juga sebesar muka cawan he he he.




blisters siku kiri


 blister disarankan sapu dengan miyak gamat


blisters siku kanan


juga blister di pelipat lutut   (tak ada dalam gambar)


Kawan-kawan perempuan mama; datang berjumpa mama untuk melihat gambar keseluruhan proses dan rupa badan mama ketika rawatan sedang dilakukan - nak tunjuk kat sini - he he he seksi seksa!

Wednesday, 23 January 2013

ayam temasik

... resipi ehsan Zailan via Siti, nasib menjadi kalau tak bertukar kepada ayam singapore



Resipi:
1 ekor ayam - goreng embal-embal
3 kentang - potong wedges- goreng
1 bawang besar - potong 4 (mama potong bulat)
2 tomato kecil - potong 4
4 cili hijau - potong memanjang nipis-nipis
3 sudu akan kicap manis
1 sudu makan cuka

kisar:
2 sudu makan lada hitam - rendam dulu
(mama akan lebihkan lagi untuk lebih pedas)
5 serai
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 bawang besar (patut bwang kecil)
5 bawang putih

- tumis bahan kisar sehingga naik bau
- masuk ayam
- masuk cili, kicap dan cuka
- akhir masuk kentang, bawang dan tomato

Tuesday, 22 January 2013

labu air masak air

Petang Jumaat hingga petang Sabtu lalu, mama letih tersangat-sangat, kalau orang utara kata "letih lesu macam kain buruk" (entah kat mana kain buruk boleh letih). Kebetulan Khamis mama  beli labu air; memandangkan letih yang melampau mama teringat pesanan seorang ustaz... Sebaik sahaja ikan Nun memuntahkan Nabi Yunus, baginda ditemukan dengan pokok labu dan labu itu baginda makan untuk mengembalikan tenaga.

Cewah...! mama pun ikut macam Nabi Yunus - terus masak labu air dengan ikan rebus. Sebenarnya labu air ini elok dibuat sup dengan daging tetapi mama terebus ikan, maka masaklah labu dengan ikan dan sup daging pun buat juga.

Apabila makan campur kedua-duanya sekali... entah rasa labu entah rasa daging - janji masuk dalam perut. Sebenarnya tak elok makan ikan dengan daging serentak, baik diasingkan. Amalkan sebulan sekali makan labu air untuk mengembalikan tenaga.


Resipi:
1 labu air
2 ekor ikan kembung
3 ulas bawang putih - mayang
3 cawan air
minyak zaiton
garam
- rebus ikan
- asing isinya biar sekeping-sekeping
- tumis bawang
- masuk air masak sehingga mendidih
- masuk labu agak empuk
- akhir masuk isi ikan

asam rebus

...tahun ni resipi untuk kurussssssssss je... he he he


Resipi:
2 ketul isi ikan jenahak
bendi/kacang lendir
garam dan gula
air

bahan kisar:
2 sudu cili kisar
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 bawang besar
1 keping asam keping

- kisar semua semua bahan sehingga halus
- rebus sehingga mendidih baru masuk ikan
- akhir sekali masuk bendi

periuk ajaib - asam tumis

Gambar dari dalam periuk ajaib tak sempat ambil... dah habis ngap!



Resipi:
1 ekor ikan kacang
3 sudu makan cili kisar
3 bawang besar - kisar
1 sudu lengkuas - kisar
1 batang serai - kisar
kunyit hidup - kisar
air asam jawa
minyak zaiton
- tumis bahan kisar dalam kuali sampai naik bau
- masuk air asam jawa
- masuk ikan sekejap sahaja
- alih ke periuk ajaib dengan sedikit kuah
- masak selama 10 minit
- baki kuah masak sampai agak pekat sedikit
*** bagi mereka yang suka banyak kuah

baru nak mula...

...dah nak habis cuti baru teringat nak menjahit - first girl



Tuesday, 15 January 2013

masak lemak daging salai

... daging salai yang dibeli di Kuala Pilah...


Resipi:
1/2 kilo daging salai
500 gm santan pekat
1/2 sudu makan cili padi merah (memang pedas)
1/2 sudu teh kunyit hidup (kisar)
3 keping asam kandis (mayang)
garam, gula
- basuh daging salai untuk membuang habuk 
- hiris nipis dan rebus sehingga empuk (lama juga)
- masuk santan dan masak sehingga mendidih
- masuk bahan yang berbaki
***masuk apa sahaja jenis asam dan yang sewaktu dengannya; asalkan namanya asam.

petola ular masak ikan lada hitam

...resipi  SINI sama je cuma ganti dengan petola ular(q)


nak gemuk ke kurus?

...pemberian/pembikinan orang di sekeliling mama; pilihan mama - tepuk dada tanya IMAN!

 asam kandis - Siti


 durian crepe - Sue (Kuching)


tebalnya lemak? he he he


salad sosej - first girl


sedap belaka

Friday, 11 January 2013

Banting

... pernah dua kali ke sini sekitar 1983 kerana membuat persembahan puisi di Pantai Morib dan ke rumah seorang kenalan. Hari ini pergi kerana tugas rasmi tetapi sempat meninjau beberapa tempat sebab pertamanya tersesat dan keduanya memang pergi melihat permandangan.

Ketika mencari tempat yang dituju tiba-tiba tanda arah tidak kelihatan, kami terus sahaja perjalanan tetapi jalan makin sempit dan kelihatan tiada pembangunan. Pada mulanya kami berfikiran positif, ye le tempat belajar elok di tempat yang sunyi jauh daripada gangguan; rupanya kami tersalah jalan... memang jalan mati he he he. Dek kerana tersesat maka kami sampai ke Muzium Insitu Jugra tetapi tidak masuk ke dalam bangunan sekadar di luar sahaja. Kami juga melihat arah ke tempat melihat anak bulan (cerapan anak bulan) tetapi kami tak singgah kerana tidak berkesempatan.



kereta peronda


Di sebelah mama ialah batu kisar tebu dipercayai digunakan pada abad ke-18. Batu ini digerakkan oleh kerbau; air tebu kemudian diproses menjadi sejenis simen untuk membuat istana, kubu dan rumah. (hebatnya orang dulu)


bentuk rumah Selangor agaknya


pokok petai (tak pernah tengok he he he)







***
Ketika laluan yang kami lalui makin sempit, makin banyak pokok besar, jumpa biawak, pokok petai... tapi terus juga perjalanan.. awat le kami tak fikir.

Wednesday, 9 January 2013

petola masak ikan lada hitam

Sebenarnya resipi ini ehsan Rozza; katanya orang Kelantan panggil petola masak air (loghat Kelantan sayur air petene/tene). Setelah mama buat carian di Internet tiada pula gambar dan resipi seperti yang diberikan. Biasalah kan... kita beri 'dia' nama baru. Sedap tak nama ni? Kalau ikut hati mama ni nak beri nama - petola masak air, ikan, lada hitam, bawang, garam... bla bla bla... (tak payah susah payah bubuh resipi; orang dah tau semua bahan he he he). Itulah katanya kalau ikut hati...

Cubalah, memang sedap, girls yang tak suka petola ni (sayur orang tua-tua) pun beri komen yang sama.


petola & petola ular

esok masak petola ular pula



Resipi:
1 petola
1 ekor ikan kembung
1 bawang besar - mayang (mama tambah)
1/2 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
sedikit ikan bilis (mama tak masuk)
garam
air
- rebus ikan dengan sedikit air
- asing tulang dan isi
- tumbuk lada hitam
- tumbuk isi ikan
- masak dalam kuali hingga mendidih (kuah agak-agak)
- masuk petola
- akhir masuk bawang dan garam
Hidangan yang lengkap - tersedia protein; akan cuba dengan labu air, kobis, sawi dan yang sewaktu dengannya - jenis sayur yang tak ada rasa.

***
Sue Kuching - masakan orang diet he he he - jari kelingking tangan kanan dah kurus...

Tuesday, 8 January 2013

jem rambutan

Mama menggunakan rambutan jenis tidak lekang yang dibawa balik dari Kuala Pilah. Menghiris rambutan ini memang memerlukan tahap kesabaran kerana sekitar tiga jam mama menghirisnya; lebih daripada 20 kali terpaksa mengasah pisau. Rupanya pisau cepat tumpul. Girls cuma hiris sebiji je... kata mereka "tension...!"

peroleh dua botol - besar dan sederhana 






Resipi:
3 bekas isi rambutan (tanpa air)
1 bekas gula
- masak bersama-sama  air rambutan sampai pekat

***Anekdot
Resipi ni mama reka je sebab tak boleh nak agak sukatan gula yang diperlukan. Mama hiris rambutan ni banyak air yang keluar sebab mungkin rambutan disimpan lama (kopek petang Ahad dan simpan di dalam peti sejuk). Setelah selasai ambil isi rambutan dan sukat (mama guna sukatan ml bukan gm), mama guna nisbah 3:1 (2 isi rambutan : 1 gula). Mama fikir gula boleh ditambah jika kurang manis tetapi jika terlebih manis nahas jadinya.

Teringat tok (nenek) sebelah mak mama pernah buat halwa bilimbing buluh. Tok guna gula, gula batu dan batu menang sila. Mak mama masuk batu menang sila dalam halwa maskat (sejenis batu yang dikikis menjadi serbuk bertujuan untuk mengilat; orang utara kata 'berkaca'), Mama nak beli pun tak tau nak sebut atau panggil apa benda Allah ni di KL. Petua tok mama lagi - jangan masak dalam periuk atau kuali makanan jenis buah-buahan ini sebab warnanya akan menjadi sebam; mama guna periuk vision dan senduk kayu
 Gula batu pula memang tiada dalam simpanan. Mula mama terfikir nak masak esok; maknanya simpan satu malam lagi isi rambutan dalam peti sejuk tetapi kuatir juga isi yang manis ni bertukar menjadi masam.

Tujuan mama beriya-riya hendak buat jem rambutan ini sebab teringat Kak Tam dan Kak Teh buat biskut dayang menggunakan inti jem rambutan sekitar pertengahan 80an ketika mama tinggal di rumah bujang di Kampung Baru.


rezeki

hari ini... Alhamdulillah
fruit & cheese tart, paf dan coklat daripada Kak Lijah


kain batik ole-ole Langkawi daripada Sepawan


key chain ole-ole London daripada Kak Som


bos belanja di Restoran Anis

gambar kiv

kolagen

... dari Sabah (home made) yang dibeli daripada seorang kawan. Sebelum ini mama dan second girl makan kolagen dan kapsul kelapa dara; tiap satu berharga RM300.00. Hari ni mama dapat kolagen tanpa pengawet dengan harga jauh lebih murah. Sila lihat carian terdapat ramai ejen penjual tetapi dalam bentuk mentah tetapi yang ini siap untuk dimakan Menurut kawan mama cara memprosesnya leceh kerana perlu dicuci sebersih-bersihnya sebab hanyir baru dimasak. Kolagen ni tidak perlu dimasak - ngap je!

Rasanya - tawar dan apabila disapu ke muka kolagen akan mengering seperti mask. Kulit muka menjadi tegang.




Kawan mama syorkan sebekas kolagen ini dibahagikan kepada 60 dan pengambilan dua kali sehari - pagi dan malam sejam sebelum makan. Lebihkan sedikit untuk disapu ke muka. Sesiapa berminat hubungi mama  - biasanya orang yang kenal mama dah tahu nombor telefon mama.