MAMA
Lama tak post entri... pertama sebab tak dak mood, kedua terkejut sebab mama didapati obes (hu hu hu). Nak kongsi cerita sikit - pada 4 Dis. lalu Persatuan Buah Pinggang datang buat kerja amal mereka iaitu membuat pemeriksaan staf di pejabat mama. Mama telah memberi nama sejak Februari lalu dan sudah lupa pun tentang pemeriksaan ini.
Mula-mula mama diperiksa tekanan darah... wow! 143/90, tak pernah naik sebegini, kemudian mama teringat malam sebelum tu tak boleh tidur sebab sakit perut (ok lah). Selepas itu mereka mengukur ketinggian, berat badan dan ukur pinggang. Tinggi 162, berat hem hem... (masih bawah 80 kg, alhamdulillah) dan ukur lilit pinggang...lagi le nak hem hem hem... he he he.
Berikutnya diambil sampel air kencing, diikuti sampel darah dan tekanan darah sekali lagi 130/70 (cepatnya turun) - semua ini taklah lama sangat. Kemudian sampai sesi kaunseling - nak tau apa? Kata cik puan tu pada mama "Puan perlu turunkan berat 20 kg ..." mak ai... bayangkan dua kampit beras 'muatan' 10 kg! Kolestrol pun bermasalah - 6.5 paras melebihi had, gula 4.5 - bagus/cantik!
Maka selepas itu mama dah mula naik trackmill, tak makan nasi tetapi yang lain makan/bedal juga tetapi sikit. Banyak makan roti dan buah-buahan, ayam dan ikan lumur dengan garam dan kunyit je dan bakar menggunakan periuk ajaib (he he he sempat nak promo). Sarapan semua dengan oat cuma kelmarin makan telur hancur dan hari ini makan bihun sikit sebab bertugas luar dan memerlukan tenaga. Minggu lepas dah pesan SDII konon nak mula pengambilannya tetapi teringat pula twins nak cuti hujung minggu ni - tangguh dululah. Maknanya awal tahunlah baru mula program.
Hari Ahad baru ni mama dibekalkan dengan mesin BIOS 900 dari Syarikat Alpha One (SINI) untuk dipinjamkan selama tiga hari, kalau ada duit boleh beli tetapi merekapun bukan paksa beli. Baik juga ada mesin ni, boleh tolong kawal badan sikit tetapi perlu minum banyak air. Kalau beli tak tahu pula harganya sebab mama tanya mereka kata, "pakai dulu..." bagus juga benda free ni he he he. Sesiapa yang berminat untuk mencubanya sila hubungi mama ye. Mesin ini berfungsi untuk merawat kencing manis, darah tinggi, kolestrol, gout, obes, kelesuan, insomnia, sembelit, migrain, seliuh, lelah, ulser dan macam-macam lagi (lebih kurang 36 jenis penyakit). Sekitar 2005 mama pernah ke pusat sehenti mereka di Taman Melawati untuk mencubanya, tetapi mama pergi hanya sekali. Sementelahan dapat menikmati kemudahan ini mama guna secara heavy duty - petang dan sepanjang malam he he he.
GIRLS
First girl cuti panjang semester ini sejak dari seminggu sebelum raya korban hingga 20 Jan, manakala second girl tunggu keputusan - lama lagilah. Buat masa ni girls diminta untuk menolong menyemak hafazan pelajar perempuan di masjid sekitar Keramat - ramai juga pelajarnya; sehingga hujung minggu ini (projek masjid itu setiap kali cuti sekolah). Selain tu, first girl mengajar di tuisyen, manakala second girl perlu selesaikan kelas pemanduan yang tertangguh sejak Jun lepas dan menyiapkan novel dengan Galeri Ilmu pada 31 Mac 2013; anggaran sebelum pesta bukulah ni!.
ALONG
Minggu ini minggu peperiksaan... (good luck)
TWINS
Ahad malam twins mengikuti rombongan sekolah ke pantai timur. Semalam ada jemputan persembahan qasidah, melawat masjid Beijing, hari ini shopping di Rantau Panjang dan di sebelah malam ada jemputan buat persembahan lagi. Esok selepas subuh berangkat ke Kuala Terengganu dan sarapan di rumah keluarga penduduk Taman Lembah Keramat. Nak tau twins cerita apa? "Orang Kelantan sarapan macam makan tengah hari, kita orang makan ikan keli pagi-pagi ni". Selepas ini mereka akan ke Pahang dan balik Jumaat ini. (enjoy yourself dear)
No comments:
Post a Comment