Sunday, 14 April 2013

Thai green curry chicken

ayam kari hijau Thai...

Mama Goggle resipi pagi semalam - cuma tak kenal THAI BASIL. Dah le telefon bimbit tak canggih, kalau tidak dapat masukkan gambar dan buat bandingan daun & ulam-ulaman di pasar raya. Petang semalam selepas kelas mama ke Hero, punya dok belek/kelebek daun rupanya banyak daun rupa seangkatan dengannya. Mama bayangkan daun bunga raya he he he. Pasal bayang membayang ni yang susah sikit.

Sepatutnya mama perhatikan batangnya yang agak keungguan. Daun lain semua kenal, yang tak kenal daun yang namanya menggunakan nama cina yang ditulis rumi. Mama nampak Selasih - biasa dengar dan tahu digunakan sebagai ulaman dalam resipi laksa johor, pernah makan tetapi tak tahu rasanya. Mama cium bau tenggik juga - nekad, ambil je!

Pagi ni selepas Goggle resipi mama pun buatlah masakan ni. Banyak bahan dan leceh jugalah. Leceh masakan bagi mama apabila resipi mengandungi serai, lengkuas dan kunyit hidup. Kebetulan memang ada lengkuas frozen. Tengok jam 9.30 pagi ketika masuk dapur dan selesai 10.50 pagi - lama juga sambil goreng telur dadar. Bila dah masak mama makan daun selasih mentah-mentah - baru teringat betul-betul seperti rasa di Bangkok House. Lepas ni tak payah pi sana untuk laksa - Thai green curry noodles.

Nak tau rasanya? Bak kata Sue KL - kalau jet lalu pun tak dengar!

  
 dengan nasi, nanti dengan bihun pula ye!


ni selasih mama beli - segar


gambar ehsan Goggle images



banyak spisies


Resipi

bahan kisar:
11 cili hijau
15 cili padi
4 serai
1 bawang besar
5 bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia
1 inci lengkuas (1 sudu makan frozen)
1 limau (zest) (kupas kulit)
1 sudu makan jintan putih (guna serbuk)
1 sudu makan lada putih (guna serbuk)
1 cawan daun selasih (sekitar 11 pokok - seperti dalam gambar)

bahan lain:
1 ayam (sepatutnya isi sahaja)
1 limau- jus
gula melaka
2 sudu sos ikan
5-10 terung hijau kecil
200 ml x 2 pek santan kotak
200 ml X 2 pek air

Masuk ayam dalam kuali dan masak bersama-sama bahan kisar.
Apabila hampir kering masuk santan, air, terung dan semua yang berbaki.

***Anekdot
Kebanyakan resipi hanya menggunakan isi ayam bahagian dada yang dipotong nipis. Mama potong isi ayam dan bahagian tulangnya dimasuk sekali supaya kuahnya bertambah sedap. Bahagian paha kelar-kelar sahaja. Buah limau nipis, kupas kulit bahagian hijau sahaja dan masuk dalam blender. Di rumah ni ada tiga penyagat tetapi semua tak leh harap - bukan tumpul tetapi payah nak sagat seperti makin melengkung bila disagat...

Ada lagi bahan yang digunakan tetapi bahan tersebut tiada dalam simpanan seperti ketumbar biji dan daun limau purut.

Bahan yang sengaja mama tak beli seperti daun ketumbar - daun dan akar kerana baunya agak kuat. Satu lagi terung pipit sebab rasa maung, mungkin mama akan rebus sebagai ulam, kut anak-anak tak suka baunya. Ada juga yang mencampurkan sayur seperti asparagus, rebung, nanas, putik jagung dan karot.

Cara memasaknya juga ada yang menumis atau mencampur semua bahan sekali naik. Cara mencampurkan semua bahan ini dirasakan nanti santan akan pecah minyak. Mama buat seperti masak lemak nogori...

Daun ulaman laksa johor - daun SALAM ke daun selasih? Maaflah tak pasti sebab bukan laksa kita - laksa kita LAKSA PENANG!


No comments:

Post a Comment