Wednesday, 27 March 2013

nun.... 2060

Cuti - Rabu hingga-Jumaat sempena cuti sekolah. Hari ini mama daftar semua anak untuk menunaikan haji dan tarikh yang diberikan adalah pada 2060! Mama pernah daftar pada bulan Jun 2010 dan pada ketika itu tarikhnya 2038... (sabarlah menunggu)


***Anekdot
Mama cuti sebab tinggal twins je, girls - seorang ada kelas, seorang lagi mengikuti kursus penulis remaja di  Hulu Langat. Dah dua hari twins makan makanan melalui pesanan dalam talian, setakat masak mi segera lepaslah.

Hari ini mama bawa mereka ke Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Wangsa Maju untuk membuat pasport kerana ustaz minta buatkan untuk mereka mengikuti lawatan ke Singapura atau Selatan Thailand. Bayaran pasport untuk lima tahun RM300.00 dan  warga 60 tahun dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM150.00.

Kemudian layan mereka di Saba dan singgah pula ke Restoran Kadir untuk jus karot susu. Malam mama masak - ayam temasik je... SINI

No comments:

Post a Comment